Semalam mama menghantarkan anak mama ke opis Legoland untuk mengambil surat untuk membuat medical check-up di Hospital Colombia Asia di Bukit Indah...
Sebenarnya anak mama telah berjaya mendapat pekerjaan di Legoland Malaysia Nusa Jaya sebagai Assistant Eduction di sana oleh itu sebelum memulakan tugasnya, terpaksalah beliau melakukan pemeriksaan kesihataan dahulu di Hospital panel yang telah disediakan oleh pihak Legoland iaitu di Hospital Pakar Colombia Asia..
Memang seronoklah dapat membuat pemeriksaan di Hospital ini... hospitalnya yang bersih,nurse yang peramah membuatkan kami mendapat layanan yang baik dari pekerja-pekerjanya bermula dari penyambut tetamu hinggalah ke doktornya..mungkin disebabkan hospital ini adalah panel untuk Legoland Malaysia maka layanan untuk staff Legoland pun kenalah baik jugakan...
di bahagian untuk mendapatkan rawatan,ruangan menunggu pun banyak disediakan kerusi buat pesakit yang datang begitu juga suasana di sini tenang n senyap hanya sesekali kedengaran suara kanak-kanak dan baby menangis..
kaunter pembayarannya..
dapat kad untuk rawatan bila datang untuk rawatan seterusnya...sori gambar malu nak ditunjukkan sebab gambo anak mama masa darjah 6...
Awisy ! Awisy ! bukan main lagi dia yer kecik-kecik dah pandai main laptop yer...dah ada akaun FB n dah pandai buka facebook tu...pandai betul Awisy yer bila dah buka FB tu jangan buka laman web yang bukan-bukan tau nanti grandmama babab Awisy...
"grandmama ! aunty dan mama Awisy yang tolong bukakan akaun FB Awisy ni... Awisy dah ada Fb la grandmama ! bagi tahu kekawan grandmama yer
suruh jadi friend Awisy kat FB..
Aunty n Uncle jomlah jadi friend Awisy kat FB yer..."
kekawan mama semua ! cucu mama si kecik ni dah ada akaun FB
Alhamdullilah...berjaya juga anak mama mendapatkan pekerjaannya di Legoland Malaysia di Nusa Jaya....selama 2 minggu menunggu keputusannya akhirnya berjaya juga setelah di temuduga tempohari oleh pihak Legoland...
Bahagian HR Legoland telah menelefon anak mama supaya datang mengambil surat untuk pemeriksaan kesihataan di Hospital Colombia Asia sebelum beliau memulakan tugasnya sebagai Assistant Eduction pada 8 hb Oktober nanti...
Tahniah ! Tahniah ! buat teman-teman blogger mama semua...kebelakangan ini ramai kengkawan blogger perempuan mama bercerita tentang kehamilan mereka...ada yang baru pregge ada yang pregge kali kedua,ada yang kali ketiga dan seterusnya...memang seronok sungguh mama bila dapat membaca setiap cerita dan n3 ibu2 yang hamil ni...
setiap ibu yang hamil ini memang akan ada saja cerita yang berlaku sepanjang kehamilan mereka...setiap cerita-cerita suka duka ketika hamil itu eloklah dikongsikan bersama-sama teman-teman blogger di alam maya ini sekurang-kurangnya dapat juga la teman2 yang lain berkongsi kegembiraan itu bersama-sama yer...
Pada kekawan yang suka membaca cerita tentang ibu-ibu hamil ini bolehlah terjah ke blog kekawan kita tu...ada banyak cite di setiap blog ibu-ibu yang hamil ini...setiap cite suka duka ketika mereka mula-mula hamil hingga sekarang ..
bila mama dok baca cite2 mereka ada juga cite mereka yang sama seperti mama hamil dulu dan kenangan ketika mengandung ini adalah suatu kenangan yang indah di dalam hidup mama ini dan sudah pasti kenangan terindah kekawan jugakan...
pasti semua ibu-ibu yang hamil ini ada cerita yang menarik ketika mereka hamil dan kiranya ada yang ingin berkongsi cerita suka duka ketika hamil dulu dan sekarang bolehlah meninggalkan komen di bawah ni yer...sekurang-kurangnya ada juga perkara yang boleh dijadikan panduan dan tauladan buat ibu-ibu hamil yang lain...
dibawah ini mama listkan link blog ibu yang hamil itu... kekawan bolehlah singgah, baca setiap n3 ibu-ibu hamil ini yer...jikalau ada kekawan blogger yang hamil dan tak ada dalam list ni mama mohon maaf yer kerana mungkin mama terlepas pandang atau tidak mengetahuinya...
Sekali lagi mama ucapkan tahniah buat mereka semua semoga akan mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah nanti...Amin
"Aunty Lynn kena basuh poopoo Awisy hari ini...aunty Lynn kena belajar cuci poopoo yer bila dah ada anak nanti senang la sikit dah tak kekok lagi nak buat...Awisy dera aunty Lynn hari ni hehehe.."
saja mama suruh anak mama yang kedua tu tolong cucikan poopoo Awisy...kelakar jer mama tengok sempat lagi mama ambil gambar masa anak mama cuci poopoo Awisy tu...
Ohh... Oh tolanglah jangan kau sakiti hati ini sampai nanti di saat nanti nafasku tidak berhembus lagi kerana sungguh cinta ini cinta sampai mati...cinta sampai mati...
Mama terbaca satu info yang amat menarik sekali di fb semalam ....Hassan Al Basri r.a mengatakan bahawa pada seekor anjing terdapat sifat-sifat yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin.Jom kita lihat apa sifat-sifat kebaikan yang ada itu dan ini adalah sebagai panduan kita saja...
1-Sentiasa lapar dan jarang makan sampai kenyang
(orang soleh)
2-Tidak mempunyai tempat yang tetap dan berpindah randah mengikut keperluannya.
(tawakkal kepada Allah)
3-Tidak tidur pada waktu malam melainkan sedikit saja.Ia sentiasa berjaga-jaga.
( cintakan Allah,bermunajat kepada Allah)
4-Matinya tidak meninggalkan apa2 yang perlu diwarisi dan tidak pula mewariskan
(zuhud)
5-Tidak suka meninggalkan tuannya,tidak merajuk atau melarikan diri sungguhpun dimarahi atau dipukul.
(murid yang siddiqqin yang sedang menuntut ilmu,tidak marah atau merajuk walau dipukul dan diuji dengan ujian)
6-Lebih redha dan suka bertempat di tanah,tempat2 yang lebih rendah daripada manusia
(tawadduk,rendah diri dan tidak sombong)
7-Jika tempatnya diambil atau diletakkan benda lain ia akan berpindah ke tempat lain tanpa rasa marah atau dendam
(redha dengan takdir yang telah ditentukan Allah)
8-Jika dipukul,dihalau atau dibaling dengan benda yang menyakitkan ia menerimanya
(khusyuk)
9-Jika melihat orang makan ia akan melihat dari jauh.Tidak meminta-minta atau menganggu
(redha dengan pemberian Allah)
10-Jika berjalan atau pergi dari tempat asalnya ia tidak akan menoleh ke belakang
(tetap pendirian)
p/s moga kita semua dapat teladani sifat2 ini....InsyaAllah
Suka mama bila cucu mama dah mula nak pandai melakukan sesuatu perkara lepas mandikan dia semalam Darwisy dah boleh senyum sedikit tu yang buat hati mama makin bertambah sayang pada Darwisy...
Dalam mama BW tadi terbacalah satu n3 yang menarik perhatian mama dan mama inginkan kongsikan pengetahuan ini dengan kekawan semua...
1-Bulu Kening
Menurut Bukhari,Rasulullah SAW melaknat perempuan yang bercukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening-Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2-Kaki(tumit kaki)semacam hantu loceng
Dan janganlah mereka (perempuan)membentakkan kaki atau mengangkatnya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan-petikan dari Surah An-Nur Ayat31.
Keterangan:Menampakkan kaki dan menghayunkan atau melenggokkan badan mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah.
3-Wangian
Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang-petikan hadis Riwayat Nasaii,Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4-Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari surah An-Nur Ayat 31.
5-Gigi
Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya Petikan dari hadis Riwayat At-Tabrani dan dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik yang merubah ciptaan Allah SWT -Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6-Muka dan Leher
Dan tinggallah kamu perempuan di rumah dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up)dan menurut Maqatil segaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7-Muka dan Tangan.
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang tipis Sabda Rasulullah SAW
"Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja,"-Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8-Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya-Petikan dari Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi.
9-Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya-Petikan dari surah An-Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW: "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.Kamu hanya boleh andangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram,"-Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad Abu daud dan Tirmidzi.
10-Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik -Petikan dari surah AlAhzab ayat 32.
Sabda Rasulullah SAW:"Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan maka Allah SAW akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi,"-Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11-Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin,hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka-Petikan dari surah An-Nur ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu,puasa di bulan ramadhan menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya-Hadis Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah SAW-Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi,Abu Daud dan Ibn Majah.
12-Pakaian.
Barang siapa memakai pakaian berlebih-lebihan terutamanya yang menjolok mata,maka Allah SWT akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti-Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad,Abu D,An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari surah Al Ahzab Ayat 59 Bermaksud:
"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,anak permpuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,hendaklah mereka memakai baju jilbab(baju labuh dan longgar)yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali.Lantaran itu mereka tidak diganggu.Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebahagian ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya,"-Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang,ketat/membentuk dan berbelah bahagian-bahagian tertentu.
13- Rambut
"Wahai anakku fatimah ! adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya,"-Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Dalam mama BW tadi untuk satu segmen terjumpalah mama satu blog seorang peserta yang mana mama tidak boleh meninggalkan komen kat n3 beliau...biasanya dalam mama BW untuk sesuatu segmen mama akan meninggalkan komen tapi kalau hanya member yang terpilih macam mana kekawan yang baru nak tinggalkan komen mereka...
walaupun mama dah follow blog mereka tetapi masih tak boleh meninggalkan komen kuar perkataan seperti di bawah tu...."only a member of this blog may post a comment" bila dah tak boleh meninggalkan komen dalam petak tu mama ambil keputusan membiarkan saja la...diharap pada blog kekawan yang ada masalah macam tu cubalah ubahkan yer... kesian kekawan yang tak boleh nak tinggalkan komen kat blog tu...
p/s di harap kekawan tak berkecil hati yer atas n3 mama ini....
Tahniah buat Shila Hamzah atas kemenangan beliau dalam pertandingan Juara Asian Wave 2012 yang telah berlangsung di China semalam.
Kemenangan Shila telah mengalahkan lima peserta yang lain terdiri dari peserta-peserta terbaik dari China,Korea Selatan,Singapura,Thailand dan India.
Pada malam persembahan terakhir itu Shila telah membawa lagu Grenade (Bruno Mars) lagu Gemilang (Jaclyn Victor) dan satu lagi lagu Mandarin.Memang mantap persembahan lagu yang dibawakan oleh Shila pada malam itu...Tahniah ! Tahniah buat Shila Hamzah.
First time ikut grandpa Darwisy pi jenjalan pusing-pusing bandar pada cuti 1 Malaysia hari tu dan usia Darwisy genaplah 15 pada hari itu...grandpa sempat lagi berhenti sekejap nak main layang-layang tapi Darwisy kena la duduk dalam kete jer ngan grandma dan mama...
bila dah besar nanti boleh teman grandpa main layang-layang
sayang nyer cucu grandma dan grandpa ni cepat besar yer...
muka Darwisy tension jer tak dapat nak keluar dari kete
frust tak dapat tengok grandpa main layang-layang ngan aunty....
hari ni genap umur Darwisy 20 hari dan dah mula nak pandai senyum
seronoknya grandma kalau Darwisy dah pandai senyum dan ketawa nanti....
Semalam mama baru tahu yang mama telah berjaya mendapat hadiah saguhati istimewa dari contest dari Mahamahu.com Anda Mahu 2012...alhamdullilah walaupun hanya hadiah saguhati tapi ianya begitu bermakna bagi mama kerana ianya adalah hadiah dari kekawan alam maya dan dalam dunia blogging ini...mekacih yer Mahamahu.com ...
Buka jer blog tadi perubahan baru berlaku pada page ini tapi nak buat macam mana kenalah belajar menggunakan cara yang baru ini...ianya tak la sesusah mana pun tapi kenalah juga pelajarinya perlahan-lahan....
akhirnya berjaya juga melakukan dan berjaya juga menulis draf untuk blog mama ni....benda baru kenalah belajar dahulu barulah faham bagaimana harus digunakan alhamdullilah setakat ni dah okay pada page yang baru ni...
Semalam jenuh melayan cucu mama Darwisy yang tak mahu lelapkan matanya...semakin membesar semakin mendapat akalnya...dalam mengantuk tu terpaksalah juga mama melayankan kerenahnya yang asyik merengek....
Darwisy tersedar pukul 12.30a.mama bagi susu bila susu dah habis masih juga tak mahu tidur besar jer mata dia...terpaksa malam-malam layan nyanyi lagu kanak-kanak...mama Darwisy tak sihat demam terpaksalah mama yang menjaganya....
Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk Darwisy pandai
Grandmama upah susu
Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Darwisy jangan la nangis
grandmama dah mengantuk sangat ni...
p/s lirik ubah sendiri ni dan akhirnya pukul 3am baru dapat tidur....
Pada 16 September hari tu genap sudah cucu mama berusia 2 minggu...sekejap je masa berlalu tapi masih terasa lambat juga Darwisy nak membesar...seronok sungguh bila dah bergelar grandmama ni terasa ada orang baru dalam hidup mama ini...
nak tunggu Darwisy membesar dan boleh bercakap lagi la lambat rasanya...pengalaman baru bergelar grandmama sungguh-sungguh mengujakan diri mama ini nantilah bila ada masa mama akan buat n3 bagaimana rasanya mula-mula bergelar grandmama ni...
Inilah gambar-gambar Darwisy dari mula dilahirkan hingga kini....
Muhamad Darwisy Zulkarnain beberapa jam setelah dilahirkan...
All content provided on this blog is for informational purposes only. The author of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.
The author will not be liable for any errors or omissions in the information nor for the availability of the information on this blog. The author will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of the information on this blog. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.