Assalamualaikum...
Mama terbaca satu info yang amat menarik sekali di fb semalam ....Hassan Al Basri r.a mengatakan bahawa pada seekor anjing terdapat sifat-sifat yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin.Jom kita lihat apa sifat-sifat kebaikan yang ada itu dan ini adalah sebagai panduan kita saja...
1-Sentiasa lapar dan jarang makan sampai kenyang
(orang soleh)
2-Tidak mempunyai tempat yang tetap dan berpindah randah mengikut keperluannya.
(tawakkal kepada Allah)
3-Tidak tidur pada waktu malam melainkan sedikit saja.Ia sentiasa berjaga-jaga.
( cintakan Allah,bermunajat kepada Allah)
4-Matinya tidak meninggalkan apa2 yang perlu diwarisi dan tidak pula mewariskan
(zuhud)
5-Tidak suka meninggalkan tuannya,tidak merajuk atau melarikan diri sungguhpun dimarahi atau dipukul.
(murid yang siddiqqin yang sedang menuntut ilmu,tidak marah atau merajuk walau dipukul dan diuji dengan ujian)
6-Lebih redha dan suka bertempat di tanah,tempat2 yang lebih rendah daripada manusia
(tawadduk,rendah diri dan tidak sombong)
7-Jika tempatnya diambil atau diletakkan benda lain ia akan berpindah ke tempat lain tanpa rasa marah atau dendam
(redha dengan takdir yang telah ditentukan Allah)
8-Jika dipukul,dihalau atau dibaling dengan benda yang menyakitkan ia menerimanya
(khusyuk)
9-Jika melihat orang makan ia akan melihat dari jauh.Tidak meminta-minta atau menganggu
(redha dengan pemberian Allah)
10-Jika berjalan atau pergi dari tempat asalnya ia tidak akan menoleh ke belakang
(tetap pendirian)
p/s moga kita semua dapat teladani sifat2 ini....InsyaAllah
9 Comments
whoa ~
ReplyDeletehebat jugak anjing nih .
terpegun bila baca artikel di atas .
malulah pd anjing klau pd diri x ada sifat yg mcmtu
ReplyDeletebinatang yang haram pun ada kebaikkannya kan...
ReplyDeleteSAYA TIDAK PASTI MAKLUMAT INI DIDAPATI DARI HADITH SOHEH ATAU TIDAK. SAYA BUKANLAH PAKAR AGAMA. TETAPI SAYA RASA ADALAH ELOK JIKA KITA IKUTI SIFAT RASULLULLAH S.A.W DARIPADA SIFAT SEEKOR ANJING.. WALLAHUAKLAM.. SEKADAR CONFIUS..
ReplyDeletesetiap penciptaan Tuhan ada hikmah dan kebaikannya kan mama..sekalipun ia seekor anjing, ia masuh makhluk Tuhan...
ReplyDeletearr...klu manusia tgk org len mkn nk mtk sikit!hehe
ReplyDeletemakluk tuhan yg lebih mengerti.... mana yg baik kita contohi..... yg buruk kita jauhi.....
ReplyDeletejadi malu pada anjing pulak
ReplyDeletehuhu. biarpun anjing tapi mungkin ia lebih ingat Allah kan.
ReplyDeletePost a Comment