SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Semalam jenuh melayan cucu mama Darwisy yang tak mahu lelapkan matanya...semakin membesar semakin mendapat akalnya...dalam mengantuk tu terpaksalah juga mama melayankan kerenahnya yang asyik merengek....

Darwisy tersedar pukul 12.30a.mama bagi susu bila susu dah habis masih juga tak mahu tidur besar jer mata dia...terpaksa malam-malam layan nyanyi lagu kanak-kanak...mama Darwisy tak sihat demam terpaksalah mama yang menjaganya....

Pok amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk Darwisy pandai
Grandmama upah susu

Susu lemak manis 
Santan kelapa muda
Darwisy jangan la nangis
grandmama dah mengantuk sangat ni...

p/s lirik ubah sendiri ni dan akhirnya pukul 3am baru dapat tidur....