Assalamualaikum semua...
Pasti ramai kekawan perempuan mama yang sering juga mengalami kesakitan ketika datang haid ataupun datang bulan ini..pada sesiapa yang tidak pernah mengalami sakit ketika datang haid ini alhamdullilahlah.....inilah masalah yang sering mama hadapi setiap bulan moga dengan info ini kita semua akan mendapat kebaikannya...
pada sesiapa yang setiap bulan mengalaminya pasti akan merasa begitu sengsara untuk menghadapinya dan keadaan ini dikenali sebagai dismenorhea atau kekejangan haid....Amalkanlah selalu cara-cara mengatasinya di bawah ini jomlah kita tengok ye semoga kekawan dapat info yang sepatutnya..
Apakah penyebabnya ?
-Biasanya ia berlaku ketika pengovulan (telur dikeluarkan dari ovari)
-Apabila seseorang wanita itu memiliki paras bahan kimia badan yang tinggi seperti prostagladin yang dkeluarkan oleh rahim semasa haid.
Gejala-gejala biasa.
-Kekejangan otot di bahagian bawah abdomen dan sakit belakang
-Kelesuan
-Loya dan muntah
-Sakit kepala
-Keletihan dan pening
-Dalam beberapa kes kesakitan tersebut merebak hingga ke bahagian sulit seperti bahagian peha dalam.
Jenis-Jenis Sakit Haid (Dismenorhea)
Primer
-Berlaku dikalangan remaja yang baru mula datang haid,Ianya akan berkurangan apabila umur mereka meningkat atau selepas melahirkan anak.
Skunder
-Disebabkan oleh masalah-masalah sistem pembiakan seperti pembiakan seperti jangkitan kuman, endometriosis (kehadiran bahan berselaput dalam rongga pelvis)
Penjagaan sendiri boleh dilakukan...
-Baring melentang dengan meletakkan bantal di bawah lutut anda sebagai pengampu / penyokong
-Letakkan pad panas atau botol air panas di atas abdomen anda atau di bahagian bawah belakang anda.
-Mandi dengan air suam
-Urut di bahagian yang sakit.
-Lakukan senaman ringan untuk meningkatkan pengaliran darah dan mengurangkan sakit pelvis.
-Teknik-teknik relaksasi
-Banyakkan berehat
-Atasi stress anda katakan 'tidak'pada tekanan
-Dapatkan tidur yang berkala / tetap ketika hendak datang haid
-Pengawalan pemakanan
-Tingkatkan pengambilan serat dan minum lebih air untuk mencegah sembelit.
-Minum secawan teh pudina panas untuk melegakan kesakitan anda.
Rawatannya yang boleh didapati termasuklah:
-Ubat penahan sakit seperti parasetamol, salisilat, ubat asid mefenamik atau ibuprofen.Walau bagaimanapun anda perlu mendapatkan nasihat dokor untuk rawatan ini.
-Pil-pil perancang keluarga atau kontraseptif yang diambil secara oral (menelan ) boleh mengurangkan kesakitan naid primer.
-Sakit haid sekunder memerlukan nasihat doktor untuk rawatan yang berkesan.
-Hentikan penggunaan ubat jerawat jika mendatangkan kesan sampingan yang teruk.
-Pakai pakaian yang longgar dan nipis jika jerawat terdapat di belakang badan atau dada.
-Lakukan akitiviti lain yang boleh mengelakkan diri dari ingat terhadap kesakitan.
-Letakkan haiwan seperti kucing diatas perut pastikan dia diam kerana getaran dari kucing tersebut membantu merehatkan otot anda manakala haba darinya dapat mengurangkan kekejangan.
-Urutan dibahagian perut boleh melancarkan aliran darah yang akhirnya akan membawa darah berasid yang dihasilkan oleh otot yang bekerja disitu
-Aromaterapi memberikan rasa yang amat menyenangkan campurkan minyak aromaterapi dalam mandian atau sapukan minyak aromaterapi.
27 Comments
kalau dah isteri Kancil sakit macam nie...nie yang kancil paling takut...huhuhu...tengok muka dia pun kancil boleh jatuh sakit...
ReplyDeletebaru period smlm..lepas tu tgh ari terlepek kat meje..kepale pening...mual mcm nak muntah..ckp dekat member sebelah yg merupakan bapak orang.."aku pening..mcm nak muntah la..x tau nk mkn pe lunch nnt.." pastu die ckp.."mesti period kan?" eh..tauuu??hehe
ReplyDeletetak sangka kucing pon leh jadi penawar senggugut...;-)
ReplyDeletesaya jarang kena sengugut teruk, biasa sakit perut sikit2 je...alhamdulillah!
ReplyDeleteMemang sakittt sangat. Saya pun sama mama. Every time period messti sakit. Hari ni pun walau dah hari ke-5, masih rasa ditarik2 tali perut nie... aduhhh...
ReplyDeleteYang baiknya, senggugut nie melatih saya bersabar dengan kesakitan. Bila time nak bersalin, orang lain semua rasa macam dihujung nyawa masa contraction, tapi kita yang senggugut rasa ianya satu kesakitan yang lebih sedikit dari biasa jer. Syukur...
time2 camni ler laki kne jaga..
ReplyDeletejgn buat pasal
nnti dapat pasal plak:)
masa saya masih single mmg setiap kali datang bulan setiap kali tu la sakit berguling2 smp kena amik MC.. tp slps berkahwin dan melahirkan anak alhamdulillah penyakit dtg bulan ni dah berkurangan...
ReplyDeletemama, point terakhir tu best!!! tiap kali sakit time2 cmni, mmg yus slalu sapukan minyak aromaterapi tu! mmg best!
ReplyDelete*yus dh privatekn blog.. klau mam sudi sila emailkan email add mama kat --> eus.eunos@gmail.com
^___*
salam mama,
ReplyDeletebagusnya tips ni..bleh la share dgn kwn sy...kesian kt dia selalau sakit teruk bila senggugut..
bila sakit cmni, biasanya lisa sapu minyak cap kapak pastu tidur. alhamdulillah berkurang rasa sakit tu :)
ReplyDeletedulu mak dara hadapai menstrual pain yg sangat kronik sampai kena dapatkan ubat di klinik setiap bulan.. tp lepas dah beranak syukur dah takde lagi =)
ReplyDeleteasalam mama..sy mmg tiap bulan jd cmni..terguling2 mengalahkan hindustan menyanyi kat taman bunga..insya Allah nanti sy try
ReplyDeleteSatu lagi mama. Makan coklat bleh kurang kan sakit. Tapi kena la dark coklat. Saya ni setiap bulan pun senggugut.
ReplyDeletedulu diya amalkan makan VCO je kak mas..alhamdulillah ok..skrg ni tak sngugut lagi ;) hehhee
ReplyDeletealhamdulillah isteri sy jarang kena senggugut teruk bila datang bulan..
ReplyDelete1st time dengar pasal kucing boleh redakan senggugut ni..hehehe
syukur isteri tak tahap macam ni tapi masa ni la baran dia tahap tinggi... huu3x....
ReplyDeletenasibler akak idak mengalaminyer syukur alhamdulillah...
ReplyDeletetuler sebab tengok orang kena memang tak tau camnerler sakitnyer...
sebagai lelaki saya memahami masalah ini.
ReplyDeletepara suami wajib kena baca entri ni... tq mama sebab share.
ReplyDeletesy klo time period..teruk senggugut..mesti kena mkn ubat..thanks utk info ni sis..nk try bila dtg bln nnti
ReplyDeleteNurul kalau datang senggugut Ya Allah tuhan jer tahu.. mesti wajib kena ambik ubat tahan sakit.. kalau tak memang x boleh buat keje.. pernah sekali ambik MC kerana datang bulan.. tapi kali tu jer lah doc bagi..sebab doc ckp sakit dtg bulan tak ade cover by MC.. :(
ReplyDeletealhamdulillah jannah jarang kene senggugut. cuma sakit2 sikit jer lah. kadang kesian tgk kwn2 yg kene senggugut tu sampai nanges2 diorang
ReplyDelete2,3 tahun kebelakangan ni jerr tau senggugut...dulu2 tak derr pun...
ReplyDeleteThanks for the info.. Sangat berguna buat MM.. Seksa wo bila kena senggugut.. Huhuhu.,
ReplyDeletemama..macam mane kalu sebelum nie okeyy je tp tibe2 period kali nie kene cmtu..muntah and xsedap badan..huhuhu..normal ke?
ReplyDeleteini paranormal nie. hehehe
DeleteSaya memang selalu senggugut teruk smpai sekarang..perut kembung..kepala pening..tekanan darah rendah & kurang selera nk makan..selain ubat klinik,saya amalkan jugak minum air penawar Anugerah..rasa kurang sikit..1 hari cuma makan ubat 2 biji sahaja..
ReplyDeletePost a Comment