SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua..
Hari ini mama nak sambung sedikit tenang n3 yang sebelum ini...sebenarnya bab-bab tarikh ni sememangnya tidak semua orang lelaki ni ada yang lupa akan tarikh-tarikh penting dalam hidup mereka tapi mungkin segelintir saja yang mudah terlupa dan mereka sudah ada alasan-aasan yang lain yang membuatkan mereka "TERLUPA dan BUKAN DISENGAJAKAN"...

Pada suami-suami yang mungkin dalam kategori "TERLUPA" ini cepat-cepatlah memohon maaf pada isteri jika tarikh penting mereka membuatkan isteri-isteri merajuk ye...berjanjilah pada isteri ye agar mereka tidak akan melakukan perkara begitu lagi...

Sebenarnya mama ada terjumpa seorang lelaki ini dan dia merupakan seorang pekerja hubby dan beliau sudah pun berusia 68 tahun...pernah beberapa kali mama berjumpa beliau dan beliau merupakan seorang pekerja yang baik,seorang suami yang penyayang,seorang ayah yang sentiasa mengambil tahu tentang semua tarikh lahir anak-anak dan tarikh-tarikh penting yang berlaku di dalam hidupnya semenjak beliau masih muda lagi...

Dalam masa perbualan mama dengan Pakcik Mat juga isterinya sememangnya sesuatu yang menarik kerana setiap sesuatu perkara yang berlaku dalam hidupnya Pakcik Mat akan mengingati tarikh-tarikh kejadian itu...Pakcik Mat pun ada memberitahu mama bahawa dia sememangnya tidak akan lupa akan kesemua tarikh-tarikh penting itu dan semua tarikh itu akan sentiasa melekat didalam memori ingatannya dan semuanya diakui sendiri oleh isteri beliau....

Kesemua tarikh lahir 10 orang anak-anaknya pun dia tetap dapat mengingatinya walaupun usia Pak Mat sudah menjangkau ke 68 tahun...kesemua tarikh,memori dan kenangan indah bersama-sama isterinya pun masih lagi diingatinya....mama terasa begitu kagum dan bangga dengan Pakcik Mat ini walaupun berusia tapi kesemua tarikh penting beliau masih diingatinya lagi tanpa ada yang tertinggal...

Satu lagi yang membuatkan mama respect akan ingatan beliau ialah nombor IC kesemua 10 orang anak-anaknya juga Pak Mat boleh mengingatinya..sungguh-sungguh prihatin betul seorang lelaki yang bergelar ayah ini...bertuahnya isteri Pak Mat mempunyai seorang suami yang sentiasa akan mengingati setiap tarikh-tarikh penting dalam kehidupan mereka...semoga pasangan bahagia ini akan kekal bahagia hingga ke hujung nyawa mereka...


p/s tak semua lelaki lupa dengan tarikh penting mereka...