SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua...
Selamat berhari minggu kekawan semua semoga hari ini kekawan dapat berehat bersama-sama keluarga dan orang tersayang.Hari ini mama nak memberikan sedikit info buat suami-suami,bakal suami dan semua kaum lelaki...mama juga berharap kekawan semua tidak akan mudah melupakan hari-hari yang istimewa di dalam hidup bersama orang tersayang..Jom kita baca infonya ....

1-Tarikh lahir Isteri
    Suami tidak sepatutnya melupakan hari lahir isterinya.Hari lahir adalah sesuatu yang patut dikenang oleh semua orang dan perlu diketahui oleh orang lain apa lagi kalau orang itu yang paling hampir dan terdekat dengan kita.Kebanyakan suami sering melupakan tarikh lahir isteri mereka malah ada yang tidak tahu bilakah tarikh lahir isteri.

2-Tarikh pertemuan pertama
    Sesetengah orang mungkin tidak mengambil kira tentang perkara yang paling penting dalam    
hidupnya.Tarikh pertemuan pertama sebelum perkahwinan perlu juga dikenang kerana ketika itulah kita mula tertarik pada bakal isteri hingga menyebabkan kita tidak boleh melupakan wajahnya.Isteri akan sebolehnya cuba untuk menunjukkan dirinya sempurna dan akan menjaga kelakuannya dan kenangan manis pasti akan dapat menbangkitkan sifat malu isteri sekiranya anda sentiasa mengingatkan tarikh dan detik-detik itu.
  
3-Tarikh pernikahan
   Sepanjang perkahwinan masih ramai yang tidak pernah meraikan tarikh mula hidup bersama  kebanyakkan pasangan suami isteri merasakan mereka tidak perlu untuk mengenangkan detik 
itu malah ada yang menganggap diri mereka telah tua dan tidak perlu untuk melakukan sesuatu yang tidak berfaedah seperti itu.Mengenang tarikh perkahwinan sebenarnya akan dapat  mengeratkan hubungan suami isteri terutamanya apabila kita berhadapan dengan masalah keluarga.Ianya juga akan dapat memperbaiki hubungan suami isteri secara tidak langsung dapat menyedarkan diri sendiri yang kita sebenarnya milik orang lain dan bukannya milik kita seorang.

4-Tarikh lahir anak-anak
    Anak bukan sahaja penyeri rumahtangga tetapi ianya juga sebagai satu kurnian kepada kita untuk menguji kepimpinan kita.Isteri akan lebih menghargai jika suami mengingati tarikh semasa isteri melahirkan anak-anak mereka.Secara tidak langsung membuatkan isteri terharu dan merasakan suami tetap menyayangi mereka selalu juga dapat mengelakkan perasaan cemburu buta di hati isteri.