SALAM 1 MALAYSIA



Assalamualaikum semua...
Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha pemandu yang lulus lesen memandu menggunakan kenderaan transmisi automatik hanya di benarkan memandu kereta jenis itu saja dan tidak dibenarkan membawa kereta transmisi manual manakala pemandu yang lulus dalam ujian transmisi manual boleh memandu kedua-dua jenis kereta transmisi manual dan automatik.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan cadangan penggunaan kenderaan transmisi automatik untuk ujian memandu yang akan dilaksanakan pada bulan Mei selepas pengubahsuaian
terhadap Kurikulam Baru Pendidikan Pemandu siap nanti.

Terpulanglah kepada pelajar itu samaada untuk memilih melakukan ujian dalam transmisi
manual atau automatik..Mereka yang diuji dengan transmisi manual akan boleh menggunakan kereta dalam transmisi manual dan automatik manakala yang diuji dalam tranmisi automatik hanya boleh menggunakan kereta bertransmisi automatik saja begitulah
menurut Datuk Sri Kong Cho Ha.

Untuk mengetahui lebih lanjut klik sini