SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...
Kucing adalah salah satu haiwan belaan di rumah yang paling terkenal di dunia...Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasminya di panggil kucing baka atau kucing baka tulen iannya juga adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing....

Kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu panjang bela jinak dan bulu pendek bela jinak..Terdapat juga baka kucing domestik yang yang tidak berbulu dan ekor mereka juga ujud dalam bermacam-macam warna dan juga mempunyai banyak warna...

Mereka adalah haiwan pemangsa yang mahir dalam memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan mereka juga pintar dan berkebolehan menggunakan mekanisma yang ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia.Mereka berhubung dengan
mengiau ( "meow"/"miaou") mengeluarkan bunyi 'purr',berdesis dan juga isyarat anggota.
Hubungan kucing dan manusia menyebabkan kucing selalu dipuja dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa seperti Mesir Purba dan Cina.

Kucing juga adalah sejenis haiwan yang paling dan amat disayangi oleh Nabi Muhammad SAW 
hinggakan Nabi Muhammad mempunyai seekor kucing yang diberi nama Muezza...Bagi mengambarkan sifat penyayang dan kemurahan hati Nabi Muhammad SAW ke atas kucing,
kebanyakkan Muslim pada hari ini telah banyak memelihara kucing dan menyayanginya.

Dalam Islam sebenarnya perbuatan menghina atau mengkasari haiwan tidak kiralah samaada
haiwan itu haram atau tidak adalah satu perkara yang amat terkutuk dan berdosa.Binatang 
dan tumbuhan juga haruslah dihormati dan disayangi kerana ia suatu amanah dari Allah.

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda ,"Kucing itu tidak najis.Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang peliharaan),"(Hadis Riwayat At-
Tirmidzi, An-Nasa'i ,Abu Dawud dan Ibnu Majah)