SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semuanya....
Mari kita memulakan hari Jumaat yang mulia ini dengan info yang mama ketahui ini dan moga semuanya dilindungi yer...sumbernya klik sini...

1-Sifat sombong dan angkuh
Dua sifat mudah tersemai dan meyubur dalam diri manusia.Ia berpunca daripada keegoan
manusia yang mudah hanyut ketika dikurniakan kemewahan.


2-Bakhil Dan Kedekut
Setiap harta benda dan kemewahan kurniaan Allah yang harus dibelanjakan ke jalan yang benar untuk digunakan membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan melalui 
kewajipan berzakat atau sedekah.


3-Takbur Dan Bongkak
Sifat ini selalunya ada dalamdiri manusia yang memiliki segala2nya dan mereka terlupa
kesenangan dan kenikmatan dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa.


Allah berfirman yang bermaksud:"Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur."
(surah an-Nahl,ayat 23)


4-Sifat Khianat
Khianat yang dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu menjadi milik
orang lain tetapi mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi perjanjian atau
perkongsian yang dibuat.


5-Tidak Suka Menerima Ilmu Dan Nasihat 
Rasulullah SAW selalu menasihati sahabat supaya mengelakkan diri daripada menjadi golongan keempat di kalangan manusia yang dibenci Allah iaitu tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.


6-Hasad Dengki
Sifat ini selalu diikuti rasa benci dan dendam berpanjangan.Rasulullah bersabda bermaksud:
"Hindari kamu sifat hasad kerana ia memakan amalan kamu seperti api memakan kayu kering."(Hadis riwayat Bukhori dan Muslim)


7-Meremahkan orang Lain
Sifat ego manusia selalu lahir apabila seseorang berasa dirinya sempurna berbanding orang lain yang dilihat terlalu kecil dan kerdil dengan apa yang dimiliki.


Abu Umamah pernah meriwayatkan Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud:"Tiga 
kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim,org
berilmu dan imam yang adil."(Hadis riwayat Muslim)


8-Sifat Ujub Atau Bangga Diri
Menurut Imam Ahmad,Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Jangan kamu bersenang-
lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah bukan orang yang bersenang-senang saja."(Hadis riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)


9-Suka Berangan-Angan
Islam anti-kemalasan orang yang berat tulang untuk berusaha mencapai kecemerlangan
dalam hidup dipandang hina oleh Allah dan manusia .Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehinya.


10-Buruk Sangka
Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidik amat
dicela Islam.Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahwa mereka sudah rosak.Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang sudah rosak dirinya."(Hadis riwayat Muslim)