SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..


WAJAH KEBANGGAAN MUAR
Jejaka bertubuh kecil namun cukup dikenali dengan kelincahan dalam tarian, Muhamad Haslam bin Abd Rahman atau pun lebih mesra dengan panggilan ALAM, berasal dari Muar, Johor.
Penari yang telah memenangi pertandingan realiti ‘So You Think You Can Dance’ 2007 dan ‘Showdown’ 2010 ini dilahirkan pada 15 September 1986. Berbeza dengan jurusan akademik yang diambil ketika di Universiti Teknologi Mara Shah Alam, beliau yang mempunyai Diploma di dalam Pengurusan Hotel mengorak langkah ke dunia tarian kerana cintanya terhadap dunia seni.


Selain dari menari, Alam turut membintangi drama ‘Alam’s Story’ dan berlakon di dalam filem ‘Sayang You Can Dance’ 2009. Selain itu, Alam juga pernah memenangi Astro Ceria ‘Superstar’ 2012 dan menjadi finalis ‘Fear Factor Selebriti Malaysia 2012.

Akademi Fantasia 2013 menampilkan Alam sebagai salah seorang Guru Tari yang akan bekerjasama dengan Suhaili dan bertanggungjawab untuk membentuk bintang-bintang baru AF 2013 dengan koreografi yang lebih mantap.

Alam pernah menjadi ahli kumpulan tarian Wakaka Crew. Selain Alam, Wakaka Crew dianggotai Mohd Nasiruddin Zainal Abidin (Naz), Muhamad Norizwan Anas (Wan), Muhammad Ezhan Asman (Joe), Abdul Azim Md Aris (Ajim), Mohamad Fitri Ibrahim (Ayie) dan Mohd Hairi Md Rani (Hery Jane).

Sumber info