21 November 2014

# info sejarah

Wajah Kebanggan Orang Muar 5

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


WAJAH KEBANGGAAN MUAR

Ramlah Ram ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia yang berasal dari Muar, Johor. Dilahirkan pada 19 Februari 1965. Berasal dari Kesang, Muar (kini Ledang) Johor adalah bintang kelahiran RTM, menerusi pertandingan Bintang RTM pada tahun 1985. Beliau membuat persembahan memukau menerusi lagu 'Rindu' yang dipopularkan oleh Hetty Koes Endang pada malam akhir satu-satunya pertandingan berprestij ketika itu. Antara lagu lagu popular nyanyian beliau yang masih diminati sehingga kini ialah Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi, Ke Kiri Sepi Ke Kanan Rindu dan lain lain.

Album pertama beliau diterbitkan oleh Datuk Ahmad Nawab dengan judul Sabarlah Sayang pada tahun 1986 dan bintangnya mula 'meledak'pada tahun 1988 menerusi album 'Kau Kunci Cintaku (dalam hatimu) di mana beliau merupakan artis pertama Malaysia meraih jualan album melebihi 300,000 unit. Album terbaik ketika itu juga turut memuatkan lagu 'Apa Khabarmu Di Sana' dan 'Diam Diam Jatuh Cinta'.

Antara lagu hits nyanyian beliau ialah 'Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi' (1989), 'Duri Dalam Cinta' (1990), 'Siapa Yang Bersalah' (1991), 'Madah Dan Karenah' (1992), 'Selamat Jalan Romeo' (1994), 'Keangkuhanmu' (1995), 'Zapin Yang Tinggal' (1998), 'Kasih Tak Berpinggir' (1999), 'Maharaja' (2006), 'Dirgahayu' dan 'Ketentuan' (2007/2008)

Pernah digelar Whitney Houston Malaysia kerana nada tinggi beliau iaitu 'F Sharp' adalah setanding diva terkenal Amerika Syarikat itu.[perlu rujukan] Vokal serta penghayatannya ketika menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi telah terbukti sehingga kini dengan beberapa kejayaan di Juara Lagu (1988) dan Hits 1 (2008) dan pernah dicalonkan merebut vokal terbaik di AIM 1995 dan 1998 menerusi album 'Ramlah Ram' dan 'Sekeping Cinta Sehampar Janji.

Sumber Info

2 comments:

  1. suara Ramlah memang power kan mama :) ana suka lagu cintaku hanyut di lautan sepi tu.. hehe

    ReplyDelete
  2. Kalau sebut ramlah ram mesti orang ingat baju hati & kunci juara lagu..hehe

    ReplyDelete