21 November 2014

# About Life # BR1M

BRIM 1 MALAYSIA Kemas Kini Data

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...



Semalam baru dapat surat dari Kementerian Kewangan Malaysia ini tentang BRIM 2015...surat ini penting untuk pemohon kemaskinikan maklumat terbaru...untuk maklumat kawan-kawan semua ada maklumat yang terbaru yang perlu kita isikan ke dalam data BR1M iaitu maklumat pewaris untuk Skim Khairat Kematian yang menggantikan Skim Takaful Insurans...

Pemohon boleh mengemaskinikan maklumat tersebut mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014 melalui Portal Rasmi laman web BRIM LHDNM di alamat e-BR1M...atau boleh menggunakan borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2015) dan dikembalikan dimana-mana cawangan Pusat Khidmat Hasil..

Memandangkan Skim Khairat Kematian ini menggantikan Takaful Insurans maka amat perlu kita mengemaskinikan maklumat untuk meletakkan nama bagi pewaris di dalam rekod maklumat ini...jika kita gagal mengemaskinikan maklumat akan menyebabkan permohonan kita tidak akan diproses...

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi talian bebas tol
 1-800-88-2716 atau talian 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan Malaysia)

2 comments:

  1. belum kemas kini data lagi untuk mama farah ni...

    ReplyDelete
  2. saya pun dapat jugak kak, ayah duk bising suruh kemaskini cepat-cepat.. :D

    Jemput singgah baca entry terbaru saya yang tak seberapa ni, first time masuk contest ;). Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

    ReplyDelete