12 December 2013

# resepi masakan

Resepi Ayam Lada Hitam / Chicken Black Paper

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Bahan-bahan yang kita perlukan untuk resepi ini adalah ayam 1/2 ekor pun cukup untuk keluarga mama ni...tapi kalau nak masak lebih tambahkan ayam lagi yer...lada hitam paling penting yer kalau tak,bawang besar,halia,bawang putih,daun sop/daun bawang buat hiasan...mama tak tabur pun sebab daun sop baru kehabisan stok jadi tak payah la letak....sos tiram,sos lada hitam,garam dan serbuk perasa...

okay kita masak yer...perapkan ayam dengan halia, bawang putih dan sedikit kicap pekat   pastu digorengkan yer sebab anak mama suka ayam yang digoreng dulu...bila ayam dah masak diangkat lepas tu barulah kita tumiskan sosnya pula...tumis sedikit bawang putih dan halia yang dicincang halus... dah garing masukkan sos tiram sedikit,sos lada hitam n lada hitam yang ditumbuk sedikit hancur...

last sekali masukkan garam,serbuk perisa agak2 yer bab bubuh garam tu sebab sos tiram tu dah masin...kalau tak nak pekat kuahnya tambahkn air sedikit...dah mendidih sosnya bolehlah dimasukkan ayam yang telah digoreng tadi...letakkan bawang besar yang telah digoreng dan daun bawang untuk hiasan....dah siap boleh la dihidangkan bersama nasi panas...selamat mencuba yer kawan-kawan...

18 comments:

  1. tq mama.. terus ada idea nak masak apa menu mlm nie :)

    ReplyDelete
  2. sedapnya mama...leh try resipi mama ni

    ReplyDelete
  3. sedapnya mama terliur tgk aihh,.

    ReplyDelete
  4. My peberet ni.. sedapnyaaaa dah lama tak makan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yer ke...cuba la masak...

      Delete
  5. ooo mama goreng ayam yg perap dgn kicap ye. saya biasa goreng kunyit je. boleh la try nnt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap lyd...lg diperap lg sedap...

      Delete
  6. sedap ni.. harus mencuba ni .

    ReplyDelete
  7. dah lama jugak tak makan ayam masak kicap mcm ni. nampak menyelerakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dicuba resepinya nurul...

      Delete