SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Rasanya belum terlewat mama nak postkan entri hari Sabtu lepas...cerita dah nak seminggu lamanya tapi masih tak lagi dan tak juga dikeluarkan..hari ni mama postkan buat tatapan kawan-kawan dan jiran mama yang bertandang ke sini yer...majlis ini berlangsung di Kluang Johor..


Kami sekeluarga telah menghadiri majlis pertunangan dan merisik anak saudara mama ...sebenarnya anak saudara mama ini adalah anak perempuan tunggal abang mama...kesemuanya adik-beradik yang lain adalah lelaki..kiranya menantu lelaki pertama la ni...


wakil merisik dari pihak lelaki memulakan bicara dan berbincang mengenai hantaran dan tempoh langsungnya nanti...kami yang perempuan ni hanya mendengarkan jer pihak lelaki berbincang...



inilah barang-barang hantaran dari pihak lelaki dan perempuan...


pengantin tak rasmi ni sibuk nak rasmikan mini pelamin ni...suka Awisy dapat duduk kat atas tu...


selamat dan selesai juga majlis menyarungkan cincin merisik dan cincin bertunang buat anak saudara mama...tahniah Nana semoga akan menjaga nama baik keluarga selepas ini yer...dan bersabar menghadapi dugaan setelah bergelar tunangan orang ni..moga cepat-cepat naik pelamin dan tahun depan dapat makan nasi minyak lagi...


last sekali sesi bergambar pula...


pasangan yang baru bertunang Nana dan Nazri...