SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua.....
N3 ni sepatutnya mama postkan semalam dek kerana laptop ada masalah terpaksalah ditundakan ke hari ini....inilah ceritanya yang tidak jadi dipostkn semalam....

semalam mama mula menjaga seorang kanak-kana lelaki berusia 2 tahun dan nama panggilannya 'Biki' sebab nama sebenarnya mama lupa plak..sudah lebih 16 tahun pengalaman menjaga kanak-kanak kecik ni mama tinggalkan terasa agak kekok juga la, anak-anak sendiri semuanya dah besar-besar.. harap2 mama dapat melakukannya dengan baik sekali....

kesian ibunya terpaksa mencari pengasuh baru untuk anaknya disebabkan makcik yang menjaga anaknya mengalami sedikit masalah keluarga...ibunya dok merayu mama meminta tolong untuk menjagakan anaknya sebab sekarang ni susah juga untuk mendapatkan penjaga dalam masa yang singkat...kesian juga mama melihatnya jadi mama menerima juga la tugasan itu akhirnya...

hari pertama ini terasa kekok juga la pada mama juga kanak-kanak bernama Biki ini tapi insyaAllah lama-kelamaan dah tentu dia boleh sesuaikan dirinya dengan keadaan dan tempat yang baru di rumah mama ni...

kanak-kanak sudah pasti suka sangat menonton katunkan, apa lagi mama pun bukakan channel tv astro katun,biarkan dia duduk diam menonton tv tu dan akhirnya misi mama berjaya juga sampai tertidur-tidur Biki kat sofa...

inilah dia si kecik "Biki" tu...


p/s praktikkan semula senang nanti bila dah ada cucu...