SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua...
Percintaan sebenarnya boleh diibaratkan seperti kita berada di jalan raya,sepanjang perjalanan itu kita pasti akan melihat tanda lalu lintas yang memberikan peringatan untuk kita agar lebih berhati-hati supaya kita dapat mengelakkan kemalangan dari berlaku.Begitu jugalah dalam percintaan kita,oleh itu marilah kita bersama-sama mematuhi peraturan-peraturan yang diberikan agar kita dapat melalui masa-masa percintaan kita dengan sebaik-baiknya.

Di larang U-Turn
-sekiranya sudah putus jangan sekali-kali berpatah balik semula dan tetapkan azam dan kita haruslah yakin akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik dari dia.

Jalan Dua Hala
-Komunikasi dalam bercinta haruslah ada dua arah.Jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak bersuara,maka satu pihak lagi cubalah untuk jadi pendengar yang setia dan begitulah sebaliknya.

Sedang Dalam Pembinaan
-Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaikpulih dengan proses persefahaman semula.Laluilah jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan.Jangan ungkit lagi masalah lama dan mulakan dengan pengalaman yang baru.

Pejalan Kaki
-Biarkan si dia berlalu dan jangan terlalu mengharap kepadanya.Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta dan banyakkan lagi jalan lain yang boleh diikuti.

Jalan Sempit
-Jika keadaan ini berlaku kita perlulah berhati-hati kerana jalan yang kamu lalui memang sempit.Bertolak ansurlah menghadapi bencana, sedarlah lalui yang diikuti cuba hadapinya secara bersikap beralah dan tidak mementingkan diri sendiri.

Jarakkan kenderaan
-Biar pun kamu berdua sudah 'declare'sebagai kekasih,namun kamu patut beri ruang kepada si dia untuk hal-hal peribadi.Janganlah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk bersama.Namun jangan pula terlalu menjarakkan diri sehingga memberikan ruang kepada orang lain.

Awas ! Jalan Berbukit
-Hati-hati hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah,jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan fikir baik-baik dan barulah mencari jalan yang lain pula.

Jalan Bengkang Bengkok
-Perjalanan hubungan kamu dan dia masih panjang dan berliku dan jangan sering tidak menepati janji kerana banyak perselisihan akan berlaku.