SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Pagi tadi mama dan hubby awal-awal pagi lagi dah keluar rumah sebab nak hantar anak mama yang bekerja di legoland tu pergi kerja...hari ni anak mama masuk kerja awal tu yang terpaksa keluar awal sikit...anak la katakan walaupun dah besar panjang tapi masih mengada lagi minta dihantar ke tempat kerja....dah ada kereta sendiri pun tapi masih nak mak ayah hantarkan pergi kerja...malas katanya nak drive sendiri boring duduk dalam kereta sorang-sorang...

Selepas dah hantar anak mama tu kami singgah ke pasaraya Tesco sebentar sebab nak mencari sedikit stok lauk untuk minggu depan ni...beli dan pilih serba sedikit apa yang patut...bawa budak kecik Awisy ni memang tak senang nak memilih ada saja benda nak digapainya...


mula-mula masuk tesco jer Awisy dah terpandang bahagian jual buku-buku...apa lagi habis semua buku digapainya ! satu persatu buku dibeleknya...


Bila dah dapat apa yang diinginkan terus cepat-cepat letakkan Awisy dalam troli tu...senang sedikit tak lah awisy duk mengacau grandma nyer yang nak memilih ni...biarkan saja Awisy leka dengan bukunya tu...kalau tidak suruh duduk dalam troli tu pun tak mahu...bila dah ada benda yang boleh buat Awisy leka baru aman rasanya...