Saturday, May 30, 2020

SELAMAT ULANG TAHUN KEPUTERAAN TUNKU PUTERA JOHOR

ASSALAMUALAIKUM...
Selamat Ulang Tahun Keputeraan buat Tunku Putera Johor
Yam Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim

p/s alhamdullilah dah hari raya ke 7 hari ni...

Thursday, May 28, 2020

AMALKAN SURAH AL-FATIHAH SETIAP PAGI APABILA BANGUN TIDUR

ASSALAMUALAIKUM...
AMALKAN SURAH AL-FATIHAH SETIAP PAGI APABILA BANGUN DARI TIDUR | Setiap pagi apabila bangun dari tidur buatlah amalan ini untuk diri kita sendiri...mungkin dah lama kita tak memberi atau membaca surah Al-Fatihah untuk diri kita sendirikan, jadi bermula dari hari ini marilah kita lakukan untuk diri kita sendiri sebelum kita lakukan untuk orang lain...semoga kita semua akan sentiasa diberikan kerahmatan dan keberkatan setiap hari In sha Allah...

p/s syawal ke 5 PKPB ke 73..

Monday, May 25, 2020

TIPS NAK BAGI LANGSIR RING TERLETAK CANTIK DAN SAMA BESAR

ASSALAMUALAIKUM..
TIPS NAK BAGI LANGSIR RING TERLETAK CANTIK DAN SAMA BESAR | Bila bab-bab nak diy sesuatu benda ni memang jadi kegemaran mama...kalau ada yang mama boleh buat mama akan buat sendiri jer di rumah jadi hasil yang akan terjadi tu boleh buat diri mama terasa puas hati sesangat...kali ni mama nak diy kan langsir ring supaya ianya terletak dan gelungnya sama besar di antara satu sama lain...langsir ring ni kekadang memang tak sama letaknya, kalau kita dok selalu tarik-tarik langsirnya tu ianya akan jadi tak elok dan tak sama besar ringnya...untuk membuatkan langsir itu elok terletak jom mama sharekan sesuatu supaya ianya jadi mudah pada kita nanti..mula-mula kita perlu ada gelung daripada tisu kertas tu...kenalah simpan gelung tisu kertas yang telah kita gunakan tu...simpan gelung tu ikut berapa banyak yang akan kita gunakan nanti...
 Bila tisu dah habis gelung kertas tu janganlah dibuangkan yer sebab ianya boleh didiykan nanti...
 Inilah dia gelung yang telah mama simpan bila tisu dah habis digunakan...
Pastu tandakan dengan pembaris berapa besar gelung yang perlu digunakan ikut kesesuaian sendirilah yer,kalau suka besar potong besar kalau tak ikut kesesuaianya...
 Potong gelung itu ikut besar yang akan diperlukan..
 Ini gelung yang telah siap mama potong ikut kesesuaian yang mama perlukan...
Masukkan satu-satu gelung yang telah dipotong tu tadi disetiap satu kepingan langsir ring tu..susunkan sehingga kesemuanya habis...
Inilah dia hasilnya setelah siap dimasukkan kesemua gelung tu ke dalam setiap langsir tu...
Bila dah siap bolehlah digantungkan langsir yang telah siap tadi...hasilnya pasti akan lebih baik dari tiada gelung tu tadi..langsir akan jadi lebih cantik dan lebih elok terletaknya...

Okaylah korang itulah tips yang mama sharekan untuk kali ni...kalau korang suka bolehlah share atau buat di rumah korang sendiri..selamat mencuba semua...

p/s dah hari raya ke 2 hari ini...


Sunday, May 24, 2020

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1441H 2020M

ASSALAMUALAIKUM..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1441H 2020M

Meski wajah tak mampu berjumpa. 
Tangan tak bisa saling menjabat.
 Semoga coretan kata ini mampu menjadi jembatan di hari penuh kemenangan. 

Tok Dalang pergi ke dusun, 
Gadis India memakai sari, 
Seikhlas hati jari disusun, 
Memohon dimaaf kekhilafan diri.

Jambangan bunga indah berseri, 
Menjadi hiasan di aidilfitri. 
WhatsApp di hantar pengganti diri. 
Tanda ingatan tak lupa dihati. 
Salam Lebaran Minal Aidil Walfaizin.


Friday, May 15, 2020

SELAMAT HARI LAHIR HERO MALAYSIA YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

ASSALAMUALAIKUM....
[15Mei2020] 
Selamat Hari Lahir YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Semoga diberikan usia yg panjang, diberikan kesihatan yang baik dan dikurniakan kekuatan untuk terus menjalankan amanah kepada negara..Kami semua rakyat Malaysia akan terus menyokong PM..

Bagi semua hero-hero negara yang banyak berkorban dalam menyelamatkan Malaysia dari ancaman virus Covid19 ini teruskanlah usaha mu untuk Malaysia..semoga kita semua rakyat Malaysia akan terus berjaya menangani musibah ini bersama-sama...aamiin

#PerdanaMenteriMalaysia  #kitaJagaKita #KesanaKesini  #DudukRumah #stayhome #QIF19 #PM #maszullblogspotmy

p/s Ramadhan ke 22...PKPB ke 58...

Thursday, May 14, 2020

YA AYYUHAN NABI - ZIZI KIRANA

ASSALAMUALAIKUM..

YA AYYUHAN NABI (ZIZI KIRANA)

Ya Ayyuhan Nabi ( Allah)
Wal Kaukabud duri (Allah Allah) 2x
Anta imaamul hadroh sulthoonuhal ghoibi 2x

Wahai Nabi bintang hatiku
Engkaulah pemimpin di depan kekuasaannya yang ghoib

Fa inni'abdun himli tasqiilun 2x
Wali dzunuubun mitslarrimali 2x

Sesungguhnya aku adalah hamba yang membawa beban
Dan dosa-dosaku seperti buih

Washolli dauman' ala nabiina 2x
Thohal mumajad bahil jamaali 2x

Berselawatlah dengan terus menerus atas Nabi kita
Thaha (Muhammad) yang terpuji dengan keindahannya

Ya man yarooni walaa aroohu 2x
Undzur bi' aini ridha lihaali 2x

Wahai yang melihatku dan tidak ku lihat
Lihatlah dengan mata kerinduan kpd keadaan ku

Tuesday, May 12, 2020

SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA

ASSALAMUALAIKUM...
          "Selamat Hari Jururawat Sedunia"
Buat semua jururawat diseluruh dunia yang sedang bertugas dan bertungkus lumus menghadapi pendemik Covid19 ini..

Semoga segala penat lelah,amanah dan tanggunjawab yang dipikul oleh semua petugas barisan hadapan dan sememangnya cukup luar biasa ini akan mendapat ganjarannya.
Diharap kesemua jururawat yang merawat pesakit Covid19 ini akan mendapat ganjaran dari Allah In sha Allah...
Marilah kita semua berdoa agar Covid19 ini akan segera berlalu pergi dengan izin dari Allah...aamiin.



p/s hari ke 19 Ramdhan..

Tuesday, May 05, 2020

RESIPI UDANG GORENG SIMPLE MASAM MANIS PKP

ASSALAMUALAIKUM...
RESIPI UDANG GORENG SIMPLE MASAM MANIS PKP | Kalau sebut menu masakan seafood ni memang ramai yang suka...macam-macam menu seafood yang sedap dan simple yang boleh kita masak untuk menu berbuka puasa...mama dan family pun memang suka makan makanan laut ni tapi tidaklah kerap sangat mama nak menghidangkan menu seafood ni,cuma sesekali saja...tak elok untuk kesihatan badan kita kalau kerap sangat makan makanan laut ni tapi kalau ada yang suka tu boleh jer tapi kenalah jaga kesihatan yer.. kali ni mama nak sharekan resepi simple dan mudah untuk korang semua...resepi simple dan mudah tu la yang selalu senang untuk dimasak...jomlah kita tengok resipinya dibawah ni yer...
Bahan yang diperlukan
-Udang
-Sos tiram
-Sos Plum
-Bawang merah(dihiris)
-Bawang putih(dihiris)
-Daun Kari
-Cili Padi
-Sedikit garam atau tak perlu sebab dah letak sos tiram
-perasa
Cara mudah memasaknya
-Bersihkan udang,gaul dengan kunyit dan garam..panaskan minyak dan gorengkan udang sebentar jgn lama sangat.Angkat dan tepikan dahulu.
-Lebihan minyak goreng udang tu tadi tumiskan sedikit hirisan bawang merah dan bawang putih pula..
-Bila dah naik bau masukkan sos tiram dan sos plum gaulkan kalau pekat letakkan sedikit air...masukkan serbuk perasa dan masukkan udang yang telah digoreng sedikit tadi..gaulkan keseluruhan sehingga sebati...
-Akhir sekali masukkan baki hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi tadi..gaulkan sebentar dan siap untuk dihidangkan.Kalau suka boleh taburkan sedikit daun sup atau daun bawang untuk hiasan..Okaylah korang selamat mencuba resipi mudah dan simple ini untuk menu berbuka puasa nanti.

p/s hari ke 49 PKPB...


Friday, May 01, 2020

SELAMAT HARI LAHIR DARLING

ASSALAMUALAIKUM...
SELAMAT ULANGTAHUN NUR DARLEENA ZALIKHA !!
Seronok cucunda grandma sorang ni sebab tarikh hari lahir setiap tahun akan disambut pada 1 Mei hari pekerja..semua orang akan bercuti setiap tahun pada tarikh hari lahir Darling..
Grandma akan sentiasa mendoakan Darling membesar menjadi anak yang solehah,bijak pandai dan hidup akan sentiasa dirahmati Allah aamiin...

p/s entri dah siap tapi x post...pelupa dah grandma ni...


SELAMAT HARI PEKERJA 2020

ASSALAMUALAIKUM...
SELAMAT HARI PEKERJA 2020 / Sekejap jer dah masuk bulan baru bulan Mei,kita berpuasa pun dah masuk hari ke 8 dan diharap hari ini dapat kita dapat jalani ibadah puasa dengan rasa keredaan di hati...

Selamat Hari Pekerja buat semua samada yang masih bercuti atau yang sudah bekerja..lakukanlah kerja kita hari ini dengan senyuman yang paling manis...kerja itu satu ibadah...

p/s hari ke 45 PKP kita tunggu perutusan khas dari PM jam 11pg nanti...