ASSALAMUALAIKUM...
Homemade Sawi Asin By Mama Maszull | Lama juga mama dah tak mendengar cerita dari kekawan alam maya mama ni...sekarang ni mama agak slow berblog, entri kat blog pun dah semakin berkurangan,..kalau cerita nak blogwalking jauh sekali,sekarang ni memang jarang dan memanjang jer kaki ni berat nak melangkah dan berlari agaknya...berjogging lagi la jauh panggang dari api...dari bulan 7 lagi dah kesibukkan kerana majlis kawin anak,lepas tu hubby pulak sakit jadi semakin bertambah-tambah kekengan masa mama sekarang ni..

Jadi di sini mama mohon maaf sesangat sebab tiada berkesempatan dan jarang sekali mama singgah ke blog kekawan semua itupun kalau kekawan ingat kat mama yang dah lama tak berblog ni...kena perlu fikirkan perkara yang perlu dan kena juga ambil berat tentang keluarga... apa pun dalam diam ada juga projek yang sedang mama usahakan sekarang ini diatas permintaan adik beradik dan kawan-kawan yang biasa mengenali mama...
Inilah projek terbaru yang mama usahakan atas permintaan ramai..cewah macam nak buat bisnes beso jer kan...hahahha saja jee mama nak mencuba pasaran kecil-kecilan sawi asin buatan orang-orang melayu kita ni...disebabkan terpost satu cerita kat fb tempohari,ramai yang bertanya nak membeli dan meminta mama membuat sawi asin ini untuk dijual secara komersil...pada mulanya malas juga nak membuatnya tapi disebab ramai yang bertanya, buat jugalah akhirnya...biasanya buat untuk kegunaan sendiri saja tapi disebabkan ramai yang merisik jadi mama mencubalah juga untuk memasarkan jeruk sawi asin buatan mama ni atleast dapat juga buat side income mama..semoga tak sia-sialah usaha yang mama lakukan ini...janji kena ada usaha dan rajin melakukannya..in sha Allah rezeki Allah itu ada dimana-mana saja hanya kitalah yang perlu mencarinya dan dapat juga mama menambah duit poket sendiri...
Setakat ini dah siap untuk delivery yang pertama kalinya...jeruk sawi asin mama ni akan dihantar ke Batu Pahat sebanyak 20botol...inilah jeruk sawi asin batch pertama mama untuk dijual dipasaran di Batu Pahat...pada kekawan alam maya jika ternampak jeruk sawi asin homemade dari Mama Maszull ni di Batu Pahat cuba-cubalah membeli dan merasainya sendiri yee...

Inilah hasil jeruk sawi asin dari rumah mama sendiri...dijamin bersih dan setelah mencubanya nanti pasti akan berpuas hati dengan hasilnya..bolehlah terus mencubanya lagi yee...sekarang ni mama sedang mengumpul order (pre-order) pada yang ingin membeli sawi asin ni...harap dapatlah sokongan dan sambutan dari semua peminat sawi asin nanti hendaknya...pada yang ingin mengorder boleh jer whatsapp mama terus...
018-7710226 (Mama Maszull)

p/s berharap sangat dapat sambutan...