ASSALAMUALAIKUM...
Super honor Day Menampilkan honor 7A dan honor 10 Edisi Phantom Green-Dilancarkan Secara Eksklusif di Shopee Malaysia - Potongan harga sehingga 30% bagi semua produk honor

Kuala Lumpur 5 Jun 2018 -Shopee,platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan berbesar hati mengumumkan usahasamanya dengan honor Malaysia untuk melancarkan honor 7A dan honor 10 edisi Phantom Green secara eksklusif pada jualan murah Super honor Day di Malaysia pada 8 Jun 2018.Sepanjang jualan murah tersebut,peminat produk berasaskan teknologi boleh menikmati jualan kilat ke atas produk dua model telefon ini dan potongan harga sehingga 30% semua produk honor.
"Shoppe berbangga dapat meneruskan usahasama dengan honor Malaysia selepas kejayaan pelancaran honor 9 Lite dan honor 10.Kedua-dua jenama ini berkongsi visi yang sama dalam menerokai potensi penuh industry e-dagang Malaysia dan memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik kepada pelanggan kami.'' kata Ian Ho,Pengarah Urusan Serantau Shopee.''Dalam masa yang sama,Shopee juga komited untuk menawarkan insentif yang hebat; Penghantaran semula Percuma dalam tempoh 15-hari".
"Sebagai e-jenama telefon bimbit terkemuka di dunia bagi penggemar digital, usahasama kami dengan Shopee,sejajar dengan rekod cemerlang mereka dalam menawarkan pengalaman membeli belah secara dalam talian yang mudah untuk semua pengguna di Malaysia, merupakan suatu langkah yang pintar untuk kedua-dua pihak.Kami bekerja keras untuk memastikan produk kami berkualiti,mengikut aliran semasa,moden serta boleh didapati dengan mudah.Kerjasama kami dengan Shopee membolehkan peminat jonor berpeluang untuk balik kampung dengan telefon bimbit berprestasi tinggi pada harga yang berpatutan," kata Zhao Zhiwei, Ketua honor Malaysia.
honor 7 yang baru dijangka menjadi telefon pintar bajet yang terbaik dengan paparan FullView 5.7 inci yang selesa dipegang.Untuk memberikan pengguna swafoto yang berkualiti untuk diabadikan dan dikongsi bersama insan tersayang.honor 7A turut dilengkapi dengan dwikamera yang merangkumi kamera hadapan 8MP.
Ia juga dilengkapi dengan bateri 3000mAh yang bertahan sepanjang hari walaupun digunakan secara berterusan.Telefon pintar ini juga lebih berkuasa dengan EMUI 8.0 yang mampu menyokong pelbagai fungsi.honor 7 juga menampilkan dua SIM dan slot kad SD untuk kemudahan pengguna.Pengguna boleh mendapatkan honor 7A menerusi hihonor dan Kedai Rasmi honor di Shopee pada harga istimewa RM429 (RRR : RM479) sepanjang Super honor Day.
Bagi mereka yang terlepas tawaran istimewa honor 10 yang lalu pasti akan teruja dengan pengalaman honor 10 dalam edisi Phantom Green yang didatangkan khas di Shopee pada jualan Super honor Day.Pada 8 Jun 2018, peminat honor bukan saja boleh mendapatkan variasi Phantom Green ini pada harga RM1,599,malahan dengan setiap pembelian,pembeli akan diberikan hadiah percuma bernilai RM298,selagi stok masih ada.




Untuk menikmati keistimewaan pada Super honor Day,
layari :
https://www.hihonor.com.my 
atau

Untuk maklumat lanjut, layari
www.hihonor.com.my or https://shopee.com.my/


Muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi App Store atau Google Play

#SuperHonorDay  #ShopeeMy