ASSALAMUALAIKUM...
Resipi Ketupat Goreng Pedas Versi Mama | Menu untuk berbuka puasa hari ke , lupa pula mama hari yang ke berapa menu untuk berbuka ni..apa-apalah nak hoiii...dah jadi pelupa juga mama ni...tapi bila diingat semula kat ig mama ada tercatat hari ke berapa mama dan family berbuka dengan menu ni...rupa-rupanya hari yang ke 18 yang lepas...hari ni dah hari ke 22 kita umat islam berpuasa dan in sha Allah panjang umur,hari Jumaat depan kita semua akan menyambut bulan Syawal pula...memang sekejap jer masa beredar meninggalkan kita semuakan...bagaimana persiapan raya dah ready? mesti korang dah siap dengan semua persiapan untuk raya nanti kan.. okaylah kita tinggalkan sekejap persiapan raya nanti yer..hari ni mama nak share resipi mudah untuk korang sediakan di hari raya nanti Lontong Goreng Pedas Versi Mama...
Bahan-bahan yang diperlukan
-ketupat yang telah direbus
-daging hancur
-cili kisar
-udang kering(ditumbuk)
-garam
-serbuk perasa
-daun sup 
-bawang goreng untuk hiasan
-sedikit gula (jika suka)

Cara-cara memasaknya...
1-Potongkan dadu ketupat mini yang telah direbus..ikut suka nak besar atau kecil tapi jangan terlalu kecil nanti ketupat pecah semasa kita menggorengnya..
2-Panaskan kuali dan tumiskan cili kisar dan udang kering yang telah ditumbuk tadi sehingga garing.
3-Setelah cili garing masukkan daging kisar ke dalamnya dan gorengkan sehingga garing dan kering.
4-Masukkan sedikit gula,garam dan serbuk perasa secukup rasa.
5-Akhir sekali kita masukkan ketupat yang telah dipotong dadu tadi.Kacaukan sehingga rata dan sebati dengan rencah.Biarkan sebentar dan tutupkan air setelah rata keseluruhannya.
6-Ketupat goreng pedas versi mama siap untuk dihidangkan untuk tetamu yang datang berkunjung ke rumah.Hiaskan ketupat goreng itu dengan hirisan daun sup dan bawang goreng..okay siap ! selamat mencuba korang resipi mama yang simple dan mudah ini..


Entri Berkaitan :
  1. Resipi Lontong Goreng
  2. Resipi Lontong Goreng Sedap