30 April 2018

MUTIARA KATA #138

April 30, 2018 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

TERKADANG SEPULUH KEBAIKKAN SESEORANG
AKAN TERLUPA HANYA KERANA SATU KESALAHAN...
SEDANGKAN KITA HANYALAH MANUSIA BIASA,
PASTI PERNAH MELAKUKAN KESALAHAN
BELAJARLAH UNTUK MEMAAFKAN KERANA ITU
ADALAH SESUATU YANG SANGAT INDAH...


NGERI TAPI BENAR

April 30, 2018 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Ngeri Tapi Benar | Alahai kalau tengok gambar kat sini memang ngerinya...nak naik bangunan tinggi pun dah rasa gayatnya ni kan nak lalu kat jambatan yang macam ni...memang beranilah siapa yang sanggup berjalan di atas jambatan gantung macam ni...sungguh ku tak rela nak hoiii...boleh putus jantung dibuatnya...jomlah kita tengok gambar-gambar kat bawah ni...
Dah macam semut berjalan jer ni...
Ya Allah tengok gambar pun dah rasa semacam jer ni...ketak kaki kalau berada di sini...

p/s memang bijak pandai siapa yang membuatnya...


TIJANI MOTORS | KEDAI KERETA IMPORT TERPAKAI PERTAMA DI PONTIAN

April 30, 2018 4 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Tijani Motors Kedai Kereta Import Terpakai Pertama Di Pontian | Bila sebut kereta import ini pasti kita akan terbayangkan kereta mewah yang berharga beratus-ratus ribu ringgit..berfikir juga dua tiga kali kalau nak membeli kereta import berharga mahal macam ini tapi sekarang ini masih ada juga kereta import yang masih boleh dibeli dengan harga yang berpatutan...
Pada malam Jumaat yang lepas ahli JDT Blogger telah di undang ke Majlis Perasmian & Kesyukuran Tijani Motors Sdn Bhd ini...majlis bermula jam 8.30 malam dan dihadiri oleh tetamu jemputan VIP serta rakan-rakan media yang lain.
Tijani Motors Sdn Bhd ditubuhkan pada tahu 2013 dan sebelum ini ianya dikenali sebagai Tijani Transport Sdn Bhd.

Di inspirasikan oleh "Misi Dekad Baharu Johor" yang telah diilhamkan oleh YAB Menteri Besar Johor dalam merealisasikan Visi Johor Berkemajuan,Tijani Motors Sdn Bhd (ahli kumpulan Gemilang Zamrud Sdn Bhd) melangkah setapak lagi dengan memulakan perniagaan di dalam industri automotif.

Penubuhan Tijani motors adalah untuk menjadikan salah sebuah perniagaan automotif terutamanya dalam kategori kereta terpakai yang dimiliki oleh usahawan Bumiputra iatu Datuk Haji Mhd Tahir Bin Haji Mohd Noah bersama rakan niaga beliau Yamud Enterprise.

Tijani Motors bakal menjadi pemangkin dalam industri usahawan automotif import terpakai di daerah Pontian dan seterusnya akan meneruskan visi ke seluruh negara.
Di antara jemputan VIP yang hadir pada malam perasmian ini..
Ucapan alu-aluan dari Pengarah Urusan Tijani Motors Datuk Haji Mhd Tahir Bin Haji Mohd Noah di Majlis Perasmian Pembukaan Kedai Kereta Tijani Motors Sdn Bhd.
Majlis Perlancaran Tijani Motors Sdn Bhd telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato IR Hj Hasni Bin Hj Mohammad (Pengerusi JawatanKuasa Kerja Raya,Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor)

Antara perkara yang dinyatakan dalam ucapan beliau 
"kerajan negeri telah menyediakan 5 ekar tanah di Utara Pontian ini untuk dijadikan gelanggang track lumba kereta dan motor..Selepas ini diharap anak-anak muda dapat menjalankan aktiviti yang berfaedah dengan adanya track lumba kereta dan motor ini Ianya juga akan dapat mengelakkan gejala masalah lumba haram..In sha Allah"
Majlis menandatangani dan merasmikan Tijani Motors Sdn Bhd.
Antara wakil VIP yang hadir pada malam tersebut dari kiri YDP Pontian Hj Kamalludin Bin Haji Jamal, Pengarah Urusan Tijani Motors Datuk Hj Mhd Tahir, Pengerusi JawatanKuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Negeri Johor YB Dato IR Hj Hasni Bin Haji Mohammad ,Ketua Polis Pontian Superintenden Mustafa Bakri Salleh dan akhir sekali adalah Pengarah Urusan Yamud Enterprise Datuk Syed Zulrushdi Bin Syed Abd Rahman.
Jom la kita cuci mata melihat kereta-kereta import baru dan terpakai di sini...
 



Pada yang ingin berkunjung di Tijani Motors Sdn Bhd ini memang mudah lokasinya...Kedai ini berada di persimpangan 4 Bandar Pontian Kechil dan ianya berhadapan dengan Restoren MC Donald's.
Untuk keterangan lebih lanjut boleh hubungi

  En.Dzol : 013-685 4217
En.Fauzi : 010-7842879
 En.Ismail : 012-709 9908

Tel : 07-595 3752
Fax : 07-595 3753

Email : info.tijanimotors@gmail.com

DOA PAGI INI

April 30, 2018 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

DOA PAGI HARI
MEMOHON ILMU,REZEKI DAN AMALAN BAROKAH

ALLAHUMMA INNI AS'ALUKA 'ILMAN NAAFI'AN,WA RIZQAN TAYYIBAN,
WA'AMALAN MUTAQABBALAN

YA ALLAH SESUNGGUHNYA AKU MEMOHON
KEPADA MU ILMU YANG BERMANFAAT,
REZEKI YANG BAIK DAN AMAL YANG DITERIMA
(hr IBNU AS-SUNNI & IBNU MAJAH)

29 April 2018

LEGOLAND REPOST GAMBAR IG MAMA

April 29, 2018 4 Comments
ASSALAMUALAIKUM....
Legoland Repost Gambar IG Mama | Memang bestkan kalau sesekali dapat masuk ke Legoland..Sekarang ini adalah minggu "Lego Star Wars Days" dari 21 April - 13 May 2018..jomlah korang kita ke Legoland dan kita boleh berjumpa dengan watak-watak dari filem Star Wars ni...
Bila mama ke legoland tempohari dapat jugalah bergambar dengan watak-watak dari filem Star Wars ini dan sempat juga postkan gambar tersebut ke instagram mama...atleast boleh la buat gambar kenangan dalam instagram...rupa-rupa tak sangka mama pihak admin dari instagram Legoland telah repostkan gambar mama tu..wah !! best juga gambar mama dan hubby terpilih masuk ke ig legoland tu...


Pada korang yang bercadang ke legoland minggu ini bolehlah bergambar bersama-sama dengan watak-watak dari filem Star Wars ini...bersedialah dengan kamera ditangan yer..bila berjumpa bergambarlah dengan watak-watak dari filem Star Wars bila ke sini...selamat berjimba di legoland...


 p/s seronok ke legoland...

28 April 2018

RESEPI TAUHU BERGEDIL SIMPLE MAMA

April 28, 2018 6 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Resipi Tauhu Bergedil Simple Mama | Menu direquest oleh anak mama nak makan tauhu bergedil ni...maka gigihlah mama mencari bahan-bahannya...mana yang ada jer la...tauhu yang besar pun tak ada jadi gunakan jer tauhu yang kecik molek ni...

Bahan yang diperlukan..
Tauhu kering
Daging hancur ikut citarasa
Bawang merah- dihiris
bawang putih- dihiris
Ubi kentang 5-6biji
Bawang goreng secukupnya
Daun sup-potong halus
Serbuk lada putih
2 biji telur
Garam dan serbuk perasa

1-Tumiskan bawang merah dan bawang putih..setelah garing masukkan daging hancur...masak sehingga air daging kering..masukkan garam dan serbuk perasa.

2-Kupas kentang dan rebuskan hingga empuk.Kemudian lenyekkan kentang ketika masih panas.
3-Gaulkan kentang dengan daun sup dan isi tauhu yang telah dikeluarkan...
4-Cari tauhu besar tak dapat jadi gunakan jer tauhu yang kecil ni...
5-Belah 4 ditengah-tengah tauhu tu..keluarkan sedikit isi tauhunya dan gaulkan bersama kentang yang telah dilenyek tadi...
6-Setelah inti daging tu siap dimasak masukkan ke dalam tahu yang telah dibelah tadi..buatlah sehingga habis kesemuanya...
7-Siap juga tauhu yang diisikan dengan inti daging tadi...
8-Pecahkan telur dan panaskan minyak masak...Celup tauhu tadi ke dalam telur dan kemudian digorengkan sehingga garing...

Siap juga tauhu bergedil simple dari mana untuk dimakan dengan segera..puas hati juga dapat buat sendiri dan puas hati dapat makan panas-panas...

p/s simple tu sedap...

DOA PAGI INI

April 28, 2018 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

YA ALLAH
JADIKANLAH PERMULAAN HARI INI DENGAN PENUH KEBAIKAN
PERTENGAHANNYA MEMBAWA KEJAYAAN
BAHAGIAN AKHIRNYA SUATU KEBERUNTUNGAN

YA ALLAH
JADIKAN AWALNYA RAHMAT
PERTENGAHANNYA NIKMAT DAN
PENGHUJUNGNYA PENUH BERKAT..

27 April 2018

MCDONALD | BURGER NASI LEMAK

April 27, 2018 5 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
MCDonald Burger Nasi Lemak | Burger Nasi Lemak dari MCD ni baru semalam dijual di semua outlet MCD..nak juga rasa apa kelebihan dan kesedapan yang ada dalam burger ni...beli takeaway jer sebab nak rasa dahulu...masuk jer dalam kereta memang dah bau sambal nasi lemaknya tapi tak rasa mana nak tahu lagi....first time nak rasa memang penuh keterujaannya...

Buka kotaknya fuyooo macam menarik jer bila melihat isi dalamnya...ada sambal tumis,hirisan timun,telur mata dan burger ayam...


Bila merasa dengan gigitan pertama memang terasalah sambal ikan bilisnya...cuma yang ada sambal ikan bilis jer nasi tak adalah...ingatkan nasi lemak tu di kepalkan buat macam burger tapi sebenarnya nasinya memang tak ada cuma burger ayam telur dan hirisan timun seperti kita makan nasi lemak biasa jer...rasanya macam makan burger jer tapi ada rasa la rasa sambal nasi lemak tu...okay la not bad rasanya...pada yang nak cuba merasa burger nasi lemak ni bolehlah ke restoren MCD yang berdekatan...

p/s memang tak minat makan ayam...

DOA PAGI JUMAAT

April 27, 2018 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT
YA ALLAH, YA RABB KAMI
ENGKAU BERILAH SIHAT SEJAHTERA KEPADA KAMI.
JAUHKANLAH KAMI DARIPADA MALAPETAKA BENCANA DAN PENYAKIT.
JAUHKAN KAMI DARIPADA SIKSA KUBUR
SIKSA NERAKA,FITNAH HIDUP & MATI.
PILIHLAH KAMI DAPAT MENYEBUT KALIMAH
LAILAHAILLALLAH DI AKHIR HAYAT KAMI DAN MENDAPAT
HUSNUL KHATIMAH.
JADIKANLAH LUBANG-LUBANG KUBUR KAMI ADALAH
DARIPADA TAMAN-TAMAN SYURGA...
AAMIIN...


26 April 2018

JDT BLOGGER @PULAI SPRINGS RESORT

April 26, 2018 6 Comments

ASSALAMUALAIKUM...
JDT BLOGGER @PULAI SPRINGS RESORT | Sesekali sekala kalau dapat berjumpa bersama macam ni memang seronok semuanya...macam-macam telatah yang terjadi kalau dah membawang kesemuanya...riuh sekampung dibuatnya...seronok tengok anak-anak mama kesemuanya ini bersama-sama bergurau senda...mama harap sangat u all semua dapat bersama begini selamanya selagi group JDT Blogger ini masih ujud dan kesemua ahlinya masih berblog....jomlah kita layan gambar-gambar ahli-ahli JDT Blogger ketika berada di Pulai Springs Resort tempohari....

Ini lagi power brownies dari air tangan Sunah Sakura....berebut semuanya nak merasa..siap bawa plastik sebab nak tapau bawa balik....mekacih sunah buatkan kami semua brownies yang sedap super sedap ni yer...

p/s memang riuh sekampung.kan...