28 April 2018

# resepi masakan

RESEPI TAUHU BERGEDIL SIMPLE MAMA

ASSALAMUALAIKUM...
Resipi Tauhu Bergedil Simple Mama | Menu direquest oleh anak mama nak makan tauhu bergedil ni...maka gigihlah mama mencari bahan-bahannya...mana yang ada jer la...tauhu yang besar pun tak ada jadi gunakan jer tauhu yang kecik molek ni...

Bahan yang diperlukan..
Tauhu kering
Daging hancur ikut citarasa
Bawang merah- dihiris
bawang putih- dihiris
Ubi kentang 5-6biji
Bawang goreng secukupnya
Daun sup-potong halus
Serbuk lada putih
2 biji telur
Garam dan serbuk perasa

1-Tumiskan bawang merah dan bawang putih..setelah garing masukkan daging hancur...masak sehingga air daging kering..masukkan garam dan serbuk perasa.

2-Kupas kentang dan rebuskan hingga empuk.Kemudian lenyekkan kentang ketika masih panas.
3-Gaulkan kentang dengan daun sup dan isi tauhu yang telah dikeluarkan...
4-Cari tauhu besar tak dapat jadi gunakan jer tauhu yang kecil ni...
5-Belah 4 ditengah-tengah tauhu tu..keluarkan sedikit isi tauhunya dan gaulkan bersama kentang yang telah dilenyek tadi...
6-Setelah inti daging tu siap dimasak masukkan ke dalam tahu yang telah dibelah tadi..buatlah sehingga habis kesemuanya...
7-Siap juga tauhu yang diisikan dengan inti daging tadi...
8-Pecahkan telur dan panaskan minyak masak...Celup tauhu tadi ke dalam telur dan kemudian digorengkan sehingga garing...

Siap juga tauhu bergedil simple dari mana untuk dimakan dengan segera..puas hati juga dapat buat sendiri dan puas hati dapat makan panas-panas...

p/s simple tu sedap...

6 comments:

  1. ok da boleh jual, mama..hahaha

    ReplyDelete
  2. Waaaa sedapnyaaa Maaa..kalau dekat dah minta sikit he he he

    ReplyDelete
  3. Mudah je rupanya ye sis.. Boleh Sha cuba bulan puasa nie..

    ReplyDelete
  4. Senang rupanya nak buat ni

    ReplyDelete
  5. wow selalu tengok orang post dekat ig. ni mama buat plak..adoii sedappnya...

    ReplyDelete
  6. Sedapnya tauhu begedil.. memang betul la tauhu yg mama guna tu.. biasa dilah beli mmg tauhu tu guna tauhu yg kecik tula mama..

    ReplyDelete