ASSALAMUALAIKUM...

Dari kedai tayar tadi singgah pula cari makan tengahari entri beli tayar kang mama upkan yer..ni nak cerita pasal makan dulu..memang dah biasa kat kedai makan ni...semua lauk pauk yang dijual memang menepati citarasa selera tekak mama...dulu kedai ni dipanggil Kedai Makan Pokok Ceri sebab tepi dan depannya banyak terdapat pokok ceri tapi sekarang pokok cerinya dah tak ada..walaupun pokok ceri dah tak ada tapi mama tetap panggil kedai makan pokok ceri...


Semua masakannya kat sini adalah menu kampung sungguh...slauk pauknya memang sedap-sedap belaka...kalau masa makan tengahari memang ramai pelanggannya lagipun sini berdekatan dengan UTM jadi student dan staff UTM pun ramai makan di sini...harga charge makan kat sini pun taklah mahal sangat memang berpatutan...menu yang mama makan kat atas ni dan ikan bakar tu ! chargenya hanya RM17 sahaja sekali dengan minuman...memang murah sungguh...puas hati makan kat sini sebab sedap dan murah harganya...


Kalau kawan-kawan yang berdekatan Skudai ni bolehlah datang mencuba makan tengahari di sini..kedai ditutup sehingga pukul 5-6 petang...malam tutup yer...lokasinya di Taman Teratai Skudai Johor..Selalu pergi tapi nama kedainya boleh terlupa pula tapi yang pastinya kedainya makannya memang sedap sangat... 

p/s esok terpaksa amik gambar depan kedainya...