SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Akhirnya tamat juga drama Korea Good Daughter Hana di Channel Astro One 393...pengakhiran yang best dan telah bersiaran sebanyak 122 episod...Sinopsis cerita ini adalah mengisahkan Jang Ha Na (Park Han Byul)merupakan seorang anak perempuan yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk meneruskan legasi keluarganya dalam perniagaan kicap...perniagaan legasi selama 400 tahun ini hanya boleh diwarisi oleh anak lelaki sahaja...

Jang Ha Na (Park Han Byul)

Keluarga Jang memiliki Hwangso Soya Sauce Factory yang telah menghasilkan kicap selama dua abad dan satu-satu anak lelaki telah mengalami kemalangan iaitu bapa Jang Ha Na...Ha Na satu-satu pewaris yang telah menyamar sebagai lelaki telah mempelajari selok belok cara membuat kicap dari datuknya...Namun untuk menjaga ibunya yang telah disisahkan kerana tidak mempunyai anak lelaki Ha Na bertekad untuk menyembunyikan identitinya untuk menyisihkan perempuan simpanan ayahnya dan mengambil kembali semua hak milik keluarganya..Jang Ha Na terpaksa bersaing dengan anak lelaki perempuan simpanan ayahnya iaitu Jang Ra Gong untuk melayakkan siapakah yang patut menjadi Chef Di raja untuk menggantikan datuknya dan mewarisi syarikat Hwangso..

Han Yoon Chan (Lee Tae Gon)

Berbagai halangan yang terpaksa Ha Na lalui sehingga dia jatuh cinta secara senyap dengan Seol Do Hyeon...Seol Do Hyeon (Jeong Eun Woo) merupakan anak lelaki kepada tuan punya syarikat SS yang merupakan musuh perniagaan kicap mereka..ketika berlaku gerhana Ha Na telah pengsan dan telah diselamatkan oleh Han Yoon Chan(Lee Tae Gon) dan telah jatuh cinta pada Ha Na secara senyap...Mereka bertiga menjadi kawan baik ketika mereka menjadi pelatih di syarikat Hwangso...berlaku perkara yang tidak diingini dimana ayah Soel Do Hyeon telah mengupah seorang penjahat iaitu bapa sebenar Jang Ra Hee dan Jang Ra Gong untuk membunuh Ha Na...Yoon Chan jugalah yang telah menyelamatkan Ha Na dari ditembak.

Seol Do Hyeon (Jeong Eun Woo)

Akhirnya identiti Ha Na telah dapat dibongkarkan oleh Jang Ra Gong dan Jang Ra Hee (Yoon Se In) dan telah dihalau oleh datuknya dari rumah mereka.Ha Na menyepikan diri dan tinggal dipendalaman di sebuah pulau tapi akhirnya Yoon Chan dapat mencari dimana Ha Na bersembunyi..Mereka berpakat dan mula merancang untuk menjatuhkan Syarikat SS yang telah mengambil alih syarikat datuknya Hwangso Soya Sauce Factory...

Jang Ra Hee (Yoon Se In)

Setelah bergandingan bersama Yoon Chan akhirnya Ha Na berjaya mendapat kembali syarikat datuknya dan bermulalah Jang Ha Na membuat kicap yang terbaik bagi kilang Hwangso untuk dipasarkan...Ha Na mendapat tahu bahawa Jang Ra Gong sebenarnya bukanlah pewaris lelaki Hwangso dari ujian Dna yang dilakukan keatasnya..Jang Ra Gong bertindak untuk mengambil alih syarikat Hwangso ketika datuk Ha Na sakit dan dikurung di hospital..Jang Ha Na dengan pertolongan Yoon Chan berjaya menghalang Jang Ra Gong dari mencuri harta warisannya..


Akhirnya datuk Ha Na meninggal dunia setelah mengiktiraf Jang Ha Na sebagai chef perempuan pertama di legasi Hwangso Soya Sauce Factory..Jang Ha Na juga telah berjaya membuktikan bahawa kaum wanita boleh mewarisi legasi di syarikat Hwangso dan perempuan juga boleh berjaya...Yoon Chan dan Ha Na akhirnya bersama membina empayar Hwangso dan hidup bersama akhirnya.

p/s suka sangat tengok watak Han Yoon Chan dlm drama ini cool jer...