Assalamualaikum...
Hari ini masak menu simple dan mudah jer...lebih-lebih lagi budak kecik berdua Awisy dan Aiman tu boleh makan nasi berlaukkan sup ayam ni...pasti kawan-kawan dah tahu resepi simple ni kan jadi tak payah la mama nak bagi resepi kat sini lagi yer...ada pulak macam tu kan ! tajuk entri resepi sup ayam tapi tak ada resepinya....okay la mama tuliskan juga resepi simple sup ayam ni yer...
Bahan-bahannya...
ayam,kentang,daun sup,halia,bawang merah,bawang putih,minyak
rempah sup bunjut,garam,serbuk perasa,bawang goreng
Cara-cara masak...
1- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah,bawang putih dan halia yang dihiris nipis...dah garing masukkan air juga rempah sup bunjut..
2- Masukkan ayam terlebih dahulu biarkan ayam empuk...selepas tu bolehlah masukkan kentang dan biarkan kentang empuk pula..
3-Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa...bila dah masak bolehlah taburkan bawang goreng dan daun sup ke dalamnya...
4-Sup ayam simple siap untuk dihidangkan...selamat mencuba sup simple ini..
p/s masak ayam boleh makan ayam tak boleh...
12 Comments
Farah suka letak celery macam dalam sup ekor tu...hik hik hik...
ReplyDeletepd yg suka mmg boleh jer letak farah...
DeleteBukan utk Aiman dan Awisy aje ni
ReplyDeleteSemua seisi rumah pun boleh menikmati sama..
betul tu kak...
Deleteterbaik
ReplyDeletesedap anum...
Deleteecah suka tabur daun bawang..
ReplyDeletebetul tu sedap sgt...
Deletebukan je mudah kak.. berkhasiat lagi..
ReplyDeletebetul tu mmg byk khasiatnya...
DeleteSedappp...
ReplyDeletemekacih lya...
DeletePost a Comment