SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ini masak menu simple dan mudah jer...lebih-lebih lagi budak kecik berdua Awisy dan Aiman tu boleh makan nasi berlaukkan sup ayam ni...pasti kawan-kawan dah tahu resepi simple ni kan jadi tak payah la mama nak bagi resepi kat sini lagi yer...ada pulak macam tu kan ! tajuk entri resepi sup ayam tapi tak ada resepinya....okay la mama tuliskan juga resepi simple sup ayam ni yer...

Bahan-bahannya...
ayam,kentang,daun sup,halia,bawang merah,bawang putih,minyak
rempah sup bunjut,garam,serbuk perasa,bawang goreng

Cara-cara masak...
1- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah,bawang putih dan halia yang dihiris nipis...dah garing masukkan air juga rempah sup bunjut..
2- Masukkan ayam terlebih dahulu biarkan ayam empuk...selepas tu bolehlah masukkan kentang dan biarkan kentang empuk pula..
3-Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa...bila dah masak bolehlah taburkan bawang goreng dan daun sup ke dalamnya...
4-Sup ayam simple siap untuk dihidangkan...selamat mencuba sup simple ini..

p/s masak ayam boleh makan ayam tak boleh...