SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....

sumber gambar Mr.Google

ASAL MEE BANDUNG MUAR (Part 1)
Mee Bandung adalah satu masakan dan makanan tradisional yang terkenal berasal dari Muar, Johor, Malaysia. Perkataan 'bandung' di dalam namanya berpunca daripada maksud perkataan tersebut yang bererti 'berganda' atau 'berkembar' atau 'berpasangan' di mana sesuatu bergandingan atau bercampuran dengan sesuatu yang lain. Umpamanya seperti 'Sirap Bandung' untuk minuman susu bergandingan dengan sirap berperisa ros ataupun 'Rumah Berbandung' untuk rumah berkembar(semi-D).
Bagi Mee Bandung pula ia adalah masakan gandingan mi dan telur sahaja pada ketika dahulu ia digelar sedemikian, di samping ramuan campuran cili dan bawang tumisan bersama rempah ratus, belacan dan udang kering; sebelum ia kini ditambah dengan bahan tambahan seperti udang, daging, kuih ikan dan sayuran sekarang. Ia juga lebih gemar dan lazim dikenali sebagai Mee Bandung Muar yang telah menjadi makanan terkenal dan kegemaran di merata Malaysia meskipun adalah adalah diakui dan diketahui ramai Mee Bandung asli yang berasal dari Muar masih lagi yang terbaik dan tersedap untuk dijamah.
Mee Bandung hendaklah tidak dikelirukan dan disalah-anggapkan berkaitan dan berasal dari Bandung, suatu tempat di Indonesia kerana kedua-duanya adalah tiada berkaitan langsung.


ASAL MEE BANDUNG MUAR (Part 2)
Bandung bererti bandung sebandung sepasang, dua serangkai; ayam ~ dua anak ayam yang keluar dari satu biji telur; rumah ~ dua buah rumah yg dijadikan (bercantum menjadi) satu; telur dua ~, pecah satu pecah kedua prb orang yg satu hati, sehidup semati...
Sejarah Mee Bandung menjadi cerita rakyat. Kisahnya, apabila seorang ibu membuat masakan mee yang waktu itu belum bernama atau mee rebus sahaja. Insiden itu berlaku di Muar , Johor.
Proses memasak mee itu biasa diakhiri dengan memecahkan telur untuk dimasukkan ke dalam adunan yang sedang mendidih. Telur itu tidak perlu dikacau. Alangkah terperanjatnya ibu itu apabila medapati isi telur itu ada dua. Cerita sebiji telur berisi dua menjadi bualan umum. Lantas tersebarlah cerita mee telur berbandung. Dan akhirnya Mee tersebut menjadi makanan yang disukai ramai di Muar. Sehinggalah sekarang Mee Bandung terkenal ke seluruh Malaysia.

p/s mood nak makan mee bandung ni...