SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Satu lagi segmen dari blogger Papa Ben Ashaari...nak join klik jer kat sini...tarikh tutup segmen hari ni juga jam 6 petang...kena ikut syarat yang ditetapkan yer kalau tak...nak tahu syaratnya klik jer ke sana...

Peranan kita sebagai blogger ini banyak cabangnya..salah satunya kita boleh memberikan sesuatu info semasa di blog kita...kita juga boleh berkongsi apa jua cerita pun misalnya sesuatu peristiwa atau kejadian,kita juga boleh bagi tips yang berguna untuk pembaca di blog kita,berkongsi resepi makanan,berkongsi gambar tempat-tempat yang menarik dan juga kita boleh buat entri bergambar yang boleh membuat pembaca datang untuk melihatnya...kiranya dalam satu blog ada bermacam-macam info yang akan kita perolehi...barulah blog itu akan dikenali dan disitulah bermulanya peranan kita sebagai seorang blogger...

Kalau berjaya dan mampu mendapat pendapatan yang lumayan dari blog memang semua orang pasti akan berhenti bekerja dan terus menumpukan sepenuh masa pada dunia berblogging ini...mungkin dengan menjadi blogger sepenuh masa lebih membuatkan diri kita lebih berkeyakinan dan kita boleh ada backup plan seperti berniaga online atau sebagainya...

Harapan semoga dunia blogging ini akan terus berkembang dengan jayanya dan penuh info yang bermanfaat buat semua pembaca...buat semua blogger jadikanlah dunia blogging ini satu tempat untuk terus menjadi seorang penulis yang mampu bersinar seperti wartawan media masa yang lain... 

"BLOGGER PUN MAMPU MAJU KE HADAPAN"