SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Wah!! dah lama juga blogger femes Papa Ben kita ni tak adakan segmen...pasti kawan-kawan yang lain pun dah join sekali segmen ni...kalau segmen yang Papa Ben adakan pasti ramai pengikutnya akan terus nak join sekali...mama pun apa kurangnya nak juga join ni...jom-jom kawan kita meramaikan peserta dalam segmen ini yer...

1- Ceritakan serba sedikit latar belakang mama yer...
Mama atau nama samaran blog ni "Mama Maszull" jadi eloklah panggil mama jer lebih senang...seorang suri rumah merangkap isteri,mak dan grandma berasal dari Johor dan masih menetap di Johor Baharu...masa mula-mula teringin buat blog ni sebab lihat anak-anak mama semuanya berblog jadi nak juga mencuba berblogging ni...mulanya saja-saja je nak karang entri yang menarik yang berlaku pada mama seharian di blog ini tapi bila lama-kelamaan jadi tersuka pula...dari mama tak ada cucu sampai sekarang dah bercucu tetap masih menulis entri di blog.. tapi sekarang ini banyak entri berkisar tentang cucu lelaki mama ni...

2- Cerita kelebihan blog mama..
Blog mama semuanya berentri personal je kekadang tu ada terselit entri tentang isu agama,tips ibubapa,isu semasa dan ada juga petua dari orang lama-lama...dari " cerita mama" terus nama blog bertukar ke "cerita grandma" pulak...sekarang ni banyak entri di blog mama banyak berkisahkah tentang cucu lelaki mama dicampurkan dengan entri-entri personal mama yang lain...mana tahu entri tentang penjagaan cucu mama ni boleh jadi pilihan kawan-kawan kat alam maya ni...entri yang mama tuliskan kat blog ni pun biasa-biasa jer,simple dan santai senang untuk dibaca dan difahami oleh semua golongan...

3-Impian bila jadi blogger
Mula-mula tak ada impian apa pun tapi bila tengok blogger yang lain berjaya dalam bidang berblogging ini terasa juga nak ada impian dari blog...harapan taklah besar sangat sampai nak jadi macam blogger femes Papa Ben ! memang tak tercapai tangan mama ni tapi kalau dapat menang dari segmen teman alam maya dan menjana pendapatan dari blog pun dah kira alhamdullilah juga la pada mama tapi kalau ada yang offer untuk review produk mereka mama tidak akan menolaknya...bak kata pepatah rezeki jangan ditolak...dari duduk saja-saja depan laptop dapat juga tambah pendapatan dan pengetahuan berguna dari teman-teman blogger...selain tu dapat juga berkenalan dan mengeratkan ikatan silaturrahim sesama blogger di alam maya ni...

p/s kalau nak join cepat yer...segmen berakhir malam ni...