SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....

Hari ini sudah masuk hari ke 11 abah kembali menghadap Penciptanya dan perasaan rindu ini sudah mula terasa sangat kat arwah abah...terasa macam arwah abah masih ada lagi di sini..hanya doa dari anak-anak yang soleh dan solehah buat abah di sana...


Tiada lagi insan lelaki yang bergelar abah di dunia ini hanya bayangan dan kenangannya sentiasa lekat di hati ini...mulanya memang aku tidak menjangkakan yang abah ada menghidap penyakit kanser paru-paru ni...abah melakukan rutin hariannya seperti biasa saja tanpa ada riak-riak mengalami kesakitan pada dirinya...hanya sejak kebelakangan ini ada sesekali abah mengadu sakit dibahagian dadanya..


Bila abah sudah mula mengadu kesakitannya adik lelaki kedua bongsu aku telah membawa arwah abah ke hospital...akhirnya pada 2 Mei 2014 abah telah ditahan di Hospital Sultan Ismail bagi memudahkan doktor untuk melakukan check-up ke atas abah...keputusan dari doktor telah mengesahkan bahawa abah telah menghidap kanser paru-paru tahap ke 4...selama ini rupa-rupanya abah ada menghidap sakit kanser tanpa disedarinya...


abah sendiri pun tidak mengetahui bahawa dia ada menghidap penyakit yang sememangnya boleh membawa maut ini...bila semua sudah mengetahui punca kesakitan abah kami semua amat terasa sangat sebab sudah terlambat untuk melakukan pembedahan dan kimoterapi pada abah memandangkan keadaan badan abah yang lemah ini...sedih rasanya kami adik beradik bila mendengar berita ini...jika masih awal boleh juga kami adik beradik ikhtiarkan sesuatu buat abah...


hanya doa yang mampu dilakukan untuk kesejahteraan abah...kami adik beradik bergilir-gilir menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak menjaga abah semasa abah di hospital...itulah saat-saat akhir yang mampu aku lakukan untuk abah...saat-saat terakhir abah memang abah sudah tidak boleh lagi nak bercakap dengan kami semua...abah hanya mampu mengunakan bahasa isyarat tangannya bila hendakkan sesuatu...


pada mulanya abah hanya diberikan penggunaan oksigen yang rendah untuk pernafasannya tapi lama-kelamaan abah terpaksa juga diberikan oksigen yang tinggi kandungannya kerana abah semakin susah untuk bernafas...doktor pun sudah tidak mampu untuk melakukan apa-apa lagi kerana jangka usia abah sudah semakin hampir..dari percakapan doktor itu kami semua sudah memahaminya yang usia abah sudah semakin hampir untuk bertemu Penciptanya...


pada 31 Mei abah masih boleh lagi minta dibangun untuk duduk menggunakan bahasa isyarat bila dia terasa sesak nafas dan tidak selesa bila berbaring...malam ini jugalah aku,adik dan hubby melakukan tugas sebagai anak menjaga abah...malam itu abah masih boleh lagi menghulurkan kakinya padaku tanda minta diurutkan kakinya...

ku lakukan seperti apa yang dimintanya itu..matanya sentiasa memandang aku dan adik yang berada di sisinya ketika itu tanpa boleh berkata-kata apa-apa...sedihnya hati bila memandang riak wajah kesedihan terpancar di wajah abah masa itu..tak tahan aku memandangnya hanya mampu ku menatap wajahnya tanpa dapat berkata-kata apa-apa..


Hanya bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan Yassin yang mampu kami lakukan buat abah...sehari sebelum abah pergi aku ada pergi melawatnya di hospital...bila aku memohon untuk pulang abah senyap saja tanpa menganggukan kepalanya seolah-olah tidak membenarkan aku dan hubby pulang hari itu...bila dipujuk dan aku bercakap secara perlahan dengannya barulah abah mengizinkan aku pulang dengan anggukkan kepalanya...jelas terlihat air mata abah terkandung di dalam mata abah bila melihat aku pulang...petang itulah kali terakhir aku bersama dan dapat melihat abah di hospital....


Pagi 2 Jun 2014 jam 10 pagi genap sebulan abah ditahan di hospital aku telah diberitahu oleh adik lelaki ku bahawa abah telah pergi buat selama-lamanya untuk bertemu Penciptanya..aku bersyukur pada Allah kerana telah menjemput abah kembali disisiNYA dengan cara yang paling lembut dan selesa tanpa rasa sakit ketika hembusan nafas abah yang terakhir...

ku redhakan abah pergi dengan rela hati untuk bertemu Mu Ya Allah...hilang segala kesakitan yang abah tanggung selama ini...aku merelakan abah pergi daripada melihat abah menanggung kesakitan yang amat sangat...ku doakan semoga arwah abah dirahmati dan ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman...



Saat yang membuatkan aku tidak boleh melupakan abah adalah semasa abah boleh lagi bercakap denganku...itulah kali pertama dalam seumur hidup aku telah menyuapkan bubur ke mulut abah...sedih rasanya hati ini melihat keadaan abah...aku memohon maaf pada abah kerana tidak pernah melakukan begitu padanya dulu dan abah juga memohon maaf dariku kerana abah tidak pernah menjaga, membesarkan dan memberikan nafkah pada diriku semasa aku kecil dulu...

Abah juga menyatakan bahawa dia tetap sayang pada aku walaupun aku telah diberikan dan dibesarkan oleh ibu saudaraku dulu...hanya dengan ucapan abah itulah membuatkan diri ini terasa lebih sayu dan merasakan diri ini lebih dekat dengan diri abah waktu itu..walaupun ada sedikit perasaan marah aku dulu pada diri abah dan mak tapi ketika abah dengan ikhlas telah memohon maaf pada diriku hatiku telah dapat menerimanya dengan seikhlas hati aku juga....

terasa sedih yang amat sangat waktu itu bila mendengar sendiri ucapan yang keluar dari mulut abah...semuanya itu sudah pun berlalu dan aku telah pun memaafkan abah atas semua yang berlaku...mungkin ada sesuatu perkara disebalik semua kejadian ini...selamat jalan abah semoga abah akan terus bersemadi dengan aman di sana...amin
AL-FATIHAH buat abah HAJI MOHD NOAH BIN ABDULLAH

''Dari Allah kita datang kepada Allah jua kita dikembalikan..''