SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..


Satu lagi resepi dari mama yang cukup simple dan senang untuk memasaknya...memang tak akan lama nak duduk kat dapur tu beberapa minit saja dah cukup dan dah siap semuanya...kalau ada anak kecik memang kita kena pantas memasak di dapur jadi resepi begini memang memudahkan kita melakukannya...jom kita lihat satu lagi menu yang cukup simple ni yer...

Bahan-bahannya...
sebiji petola
3 biji telur,sedikit minyak
soo hoon,bawang putih
kiub ikan bilis,bawang goreng
garam dan serbuk perasa

Cara-caranya...
1-Rendam soo hoon..hiris atau ketuk sedikit bawang putih..panaskan minyak dan tumiskan bawang putih...bila dah naik bau masukkan air ke dalam periuk bersama kiub ikan bilis...
2-Kacau dan biarkan kuah mendidih sekejap kecikkan api...
3-Ambil telur dan pecahkan satu persatu ke dalam kuah tadi..biarkan telur masak...
4-Bila telur dah masak masukkan soo hoon yang telah direndam tadi ke dalam kuah dan masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya...
5-Kacau dan akhir sekali masukkan sayur petola ke dalam kuah tadi biarkan sayur itu sekejap dan selepas itu bolehlah ditutup apinya...kuah tumis air kita ini bolehlah dihidangkan bersama ikan goreng/ikan masin dan juga bersama sambal belacan...memang cukup sedap sekali...

okay kawan-kawan selamat mencuba yer..