SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Resepi lauk tempohari baru hari ni mama nak postkan entrinya...pada kawan-kawan yang tak tahu nak masak apa hari ini marilah kita mencuba resepi lala goreng bercili ni pasti sedap bila menjamu selera tengahari ini nanti...jom kita tengok resepinya yang simple dan senang sekali untuk memasaknya...

Bahan-bahan yang diperlukan...
1 kg lala
3 biji bawang putih diketuk
4 sudu besar cili yang telah diblander
daun kunyit,sedikit minyak
garam dan serbuk perasa

Cara-caranya...
1-Basuh lala terlebih dahulu,toskan dan letak ketepi...
2-tumis bawang putih sehingga garing dan naik bau...selepas itu masukkan cili yang telah diblander ke dalam kuali...biarkan cili garing dahulu..
3-Sesudah garing masukkan daun kunyit,garam dan serbuk perasa secukup rasa...kacaukan sekejap..
4-Bila cili dah garing masukkan lala tadi ke dalam kuali...gaulkan sehingga rencah itu sebati bersama lala tadi..tutupkan lala sekejap dan biarkan kulit lala itu terbuka...
5-Angkat penutup tadi jika semua kulit lala itu sudah terbuka menandakan lala itu sudah masak sepenuhnya..tutup api,angkat dan lala sudah siap untuk dihidangkan...memang cepat dan simple resepi ini untuk disediakan...

selamat mencuba kawan-kawan semua!!!