Pagi ke Pasir Gudang petang pula ke Lobi Hotel Legoland....wah berjalan saja yer...bukan ke mana pun hanya round-round sekejap...pagi tu memang la ke Pasir Gudang nak tengok pesta layang-layang tapi tak lama pun ! lagi pula cuaca memang agak panas kat situ...
sebenarnya saja jer nak bawa Awisy tengok layang-layang berterbangan di udara...pusing-pusing ! snap beberapa gambar terus jer gerak nak balik...kesian pula tengok Awisy berpeluh dalam cuaca kepanasan..cuaca sekarang ni memang agak panas ! tu yang gerak balik cepat...
Dalam perjalanan pergi balik pun dah nampak beberapa kejadian hutan terbakar...kesian pihak bomba sekarang ni banyak kes kebakaran harus dipadamkan dengan segera kalau tidak pasti merebak jadinya.. sejak cuaca semakin panas ni semakin banyak kerja ahli bomba kita ni..
okay la nak buat macam mana lagi kan kawan-kawan ! sudah memang kejadian alam semulajadi ! ada masa panas,ada masa hujan ! semuanya Allah yang tentukan kita sebagai manusia ni redha jer la...
jom kita tengok betapa seronoknya grandpa melayan cucunya yang sorang ni...grandpa pun turut nak main juga ke...heheee...sebab cucu ikutkan je la yer...
Awisy pun bukan main seronok dan leka dia bermain di sini ! ajak balik pun tak mahu kena bagi umpan coklat baru nak bangun dari situ...
tengok la tu dah pegang coklat baru nak berjalan balik...bukan main lagi dia...minggu depan kita datang lagi ke sini yer Awisy...
Semalam pagi kami sekeluarga telah ke Taman Layang-layang Pasir Gudang untuk menyaksikan Pesta Pertandingan Layang-layang...pertandingan ini sememangnya setiap tahun akan diadakan disana...memang seronok dapat melihat bermacam-macam jenis layang-layang yang dimainkan dan lebih dari 400 layang-layang dari setiap peserta diseluruh pelusuk dunia...
bermacam-macam jenis layang-layang terdapat di sini...
banyak booth yang di sediakan untuk pengunjung melihat-lihat juga membeli-belah...jika lapar ada gerai menjual makanan dan buah-buahan...jika kesini memang banyak terdapat
gerai yang menjual semacam-macamnya..
gerai jualan jangan cakap la memang banyak terdapat di sini...
apa saja ada terjual di sini...pilih saja apa yang diingini...
nasib baik ada payung kalau tidak memang berpanas teriklah kami sekeluarga...walaupun keadaan cuaca panas terik semalam tapi keadaan cuaca di sini sangat kuat tiupan anginnya... itu sebab agaknya pesta layang-layang ini diadakan di sini memandangkan keadaan cuaca angin kencang....
Kalau dah keluar berjalan memang malas nak masak di rumah..dapur di rumah pun bercuti juga la nampaknya...mana tempat yang dirasakan baik dan sedap pasti kami singgahi untuk mengisi perut masing-masing yang kelaparan....jom kita tengok gambar-gambar yang menyelerakan ini..
Meriah sana sini kawan-kawan kat FB menyatakan Bantuan Rakyat 1 Malaysia BRIM 3.0 2014 sudah pun disalurkan ke akaun penerimanya..sebenarnya pemberian itu telah pun bermula malam tadi dan penerima wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia BRIM 3.0 sudah disalurkan keakaun penerima secara berperingkat-peringkat bagi yang telah mengemaskinikan akaun bank masing-masing...
Pada sesiapa yang tidak mengemaskini no akaun bank pula anda akan menerimanya secara manual nanti...untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi
talian 03-88829089 atau emailkan di bajet2014@treasury.gov.my
pada kawan-kawan yang sudah berjaya menerima wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia BRIM 3.0 ini ! lepas ni jangan lupa tanggungjawab kita pada negara harus diutamakan dan pada yang belum menerima wang BRIM tu diharap bersabar yer...
Ceritanya kat tv dah habis tapi masih nak cari novel ni tak membazir ke?..pada mama orang nak cakap apa mama tak kisah janji dapat novel yang disukai tu rasanya dah cukup puas hati...dulu lagi nak beli novel 'The Wedding Breaker' ni ! tapi bila masuk kedai buku semuanya dah habis stok...laris sungguh masa tu sebab ceritanya memang tengah hangat berhantu ditayangkan di tv3..
bila dah tak dapat mama hanya membiarkan saja ! sampaikan habis dah ceritanya ditayangkan ditv tapi masih tak berbeli pun buku tu..akhirnya terjumpa satu blog yang ada menjual buku ini dengan harga yang berpatutan...mama pun tak lepaskan peluang nak memiliki buku ini dan akhirnya berjaya juga mendapatkannya... maka bertambahlah satu lagi koleksi novel-novel mama sekarang ni...pada kawan-kawan yang ingin melihat novel-novel lain yang ada dijual bolehlah ke blog SitiKektus...banyak lagi buku-buku novel terpakai yang nak dijual diletakkan di situ...
Semalam anak mama telah ke majlis makan malam legoland untuk kali yang ke dua...majlis untuk kali pertama dulu telah diadakan di Persada Johor Baharu nak tahu cerita tekan sini...
kali ini bertukar tempat dan telah diadakan di The Zone Setulang Johor...mama pun nak cerita panjang-panjang pun tak tahu keadaan suasana malam tadi jadi hanya mampu selitkan beberapa keping gambar di sini untuk tatapan kawan-kawan semua...okay la kita tengok gambar jer la yer...
anak mama bersama teman opisnya...
sesi pendaftaran
tak tahu mama nak beritahu siapa mereka...mungkin antara staff atasan legoland...
hanya pekerja legoland jer yang tahu..
persembahan tarian bollywood....
sesi cabutan bertuah..
anak mama nombornya tak bertuah agaknya malam tadi..
All content provided on this blog is for informational purposes only. The author of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.
The author will not be liable for any errors or omissions in the information nor for the availability of the information on this blog. The author will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of the information on this blog. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.