24 December 2013

# DIY # sudut ilham

Jimat Wang Hanya Guna Downy Parfum Collection Mystique Sebagai Semua Pewangi

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ni mama nak share satu cara yang lebih jimat untuk menggantikan pewangi kereta atau pewangi di rumah...sebenarnya idea ni datangnya dari hubby mama...tak tahu la macam mana boleh timbul idea dari hubby mama ni...bila mula-mula hubby menggunakannya mama rasa macam membazir juga la tapi bila difikirkan semula akhirnya rasa lebih menjimatkan kot ! hanya perlu menggunakan satu jenis pewangi saja boleh digunakan disemua tempat dan keadaan....


Sebenarnya inilah pewangi yang mama katakan itu ! pewangi baju Downy Parfum Collection Mystique memang terbaik la...bila pertama kali menggunakannya boleh terasa keharuman pada baju juga disetiap ruang kereta dan rumah...pewangi Downy Mystique ini boleh digunakan untuk semua cara ! boleh mewangikan baju,boleh jadi pewangi kereta dan juga boleh jadi pewangi di dalam rumah juga...

bila menggunakan satu saja pewangi begini boleh dikatakan lebih menjimatkan duit kita juga la ! dari nak keluar wang yang lebih untuk pewangi kereta dan rumah yang lain tu ! lagi eloklah beli satu saja pewangi Downy ini ! ianya boleh digunakan dengan berbagai-bagai cara dan baunya pun harum semerbak bila digunakan untuk baju,dalaman kereta juga di ruangan rumah...

pada kawan-kawan yang baru mengetahui tentang cara ini bolehlah mencuba menggunakannya..pasti hasilnya lebih menarik hati dan juga lebih menjimatkan wang untuk bahan-bahan pewangi kereta atau rumah yang lain...jika boleh berjimat lebih baik lakukannya daripada membazir membeli pewangi-pewangi yang lain yang ada di pasaran...

pewangi downy berwarna putih yer...yang kat dalam ni hanya air biasa jer belum dicampurkan dengan pewangi Downy...

bahan-bahan yang perlu ada hanya pewangi Downy Mystique dan botol penyemburnya saja..ambil sedikit pewangi Downy Mystique itu masukkan dalam botol penyembur tambahkan air saja...goncangkan dulu dan selepas itu bolehlah disemburkan ke dalam kereta dan ruang dalaman rumah kita...pasti hasilnya lebih menarik hati kawan-kawan jiran mama nanti...berjimat itu lebih baik dari membazir...selamat mencuba yer kawan-kawan semua...


11 comments:

  1. nina pun guna yg niii.best sgt! wangi xterkata. hehe

    ReplyDelete
  2. thanks for the info.. saya pakai downy tp x terfikir lak nak buat camni.. heee

    ReplyDelete
  3. bestla idea ni mama...nanti leh buat...

    ReplyDelete
  4. Kakak guna ini juga Mas. Beli di Giant. Memang wangi.

    ReplyDelete
  5. tips menarik ni mama.nt nk try lah.xyah bli febreez lg.jimat! hehehe.

    kita klik iklan mama!

    ReplyDelete
  6. betul jugak ni...
    bau downy mmg best..

    ReplyDelete
  7. mmg jimat ni ---- jom kte semua g beli

    ReplyDelete
  8. aah kan..xpenah terfikir pulak..tq mama 4 d idea!

    ReplyDelete
  9. wah..bagus jugak ni..nak try nanti mama..

    ReplyDelete
  10. owh.. menjimatkan eh mama? bagus la pulak idea tu.. boleh la cuba lepas ni. haha

    ReplyDelete