SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Semalam bawa Awisy bermain kat legoland tapi melihat keadaan Awisy semalam macam tak berapa larat je nak bermain dan berjalan...kesian pulak tengok Awisy macam tak sihat jadi sekejap jer kami berada di legoland semalam....


bila sampai rumah kesihatan Awisy masih okay lagi....bila tengah malam mulalah badannya menjadi panas tiba-tiba...terpaksalah mama Awisy mengelap kepala Awisy dengan tuala basah untuk mengurangkan bahang kepanasan badannya....

pagi-pagi tadi terus je mama Awisy bawa Awisy ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan ubat demam sekali...kesian cucu grandma ni demam pula hari ni yer...alhamdullilah bila doktor dah masukkan ubat dalam dubur Awisy tadi terus berkurangan sedikit panas badan Awisy...moga Awisy cepat sembuh yer...

hari ni dapatlah mama cuti dari menjaga budak kecik 2 orang ni sebabnya kedua-dua mama mereka bercuti juga hari ni disebabkan anak-anak sakit hari ni...Aiman pun hari ni tak sihat juga dan mama telah diberitahu oleh mama Aiman bahawa Aiman telah mengalami sakit perut sebab tak boleh nak buang air besar senang cerita "berak keras.."

p/s moga Awisy cepat sembuh yer...