24 December 2013

# filem n drama

Incarnation Money Drama Korea

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....


Memang best bila tonton drama korea ni..."Incarnation Money"adalah tajuk ceritanya dan cerita ini baru saja selesai ditayangkan di saluran Astro 393HD...bagi kawan-kawan yang ingin tahu bagaimana disini mama sinopsikan sedikit jalan cerita yer...

jalan cerita ini berkisarkan seorang lelaki jutawan yang telah dibunuh oleh pembantu peribadi nya kerana ingin mendapatkan harta dan anak lelaki tunggal jutawan itu Lee Kang Suk juga turut menjadi mangsa dan akibat dari niat jahatnya Lee Kang Suk telah hilang ingatan dan membesar di rumah anak2 yatim..di rumah anak yatim itu nama beliau telah ditukarkan kepada Lee Cha Don...


Setelah besar Lee Kang Suk yang dilakonkan oleh pelakon korea terkenal Kang Ji Hwan telah menjadi seorang pendakwa raya dan dalam masa yang sama sedikit demi sedikit ingatannya mulai pulih dan mula mengingati siapa yang telah bertanggungjawab atas kematian bapa dan ibunya...dalam masa menjadi pendakwa raya Lee Cha Don telah berkenalan dengan Bok Jae In yang dilakonkan oleh pelakon Hwang Jeong Eum...


Lee Kang Suk / Lee Cha Don memulakan langkahnya untuk memerangkap Ji Se Kwang...dia ingin membalas dendam pada Ji Se Kwang ( Park Sang Min) pembunuh ibubapanya dan dia cuba melakukan sesuatu pada pembunuh ibubapanya sehingga dia berjaya membuat pembunuh bapanya tertangkap dan telah dibicarakan... tetapi akhirnya Ji Se Kwang telah membunuh dirinya sendiri sebelum habis perbicaraan itu..
 

jalan cerita yang menarik hati peminat-peminat cerita Korea..pada sesiapa yang ingin menonton cerita ini bolehlah layari online Dramacrazy...dan boleh ketahui cerita selanjutnya...selamat menonton drama Korea kawan-kawan semua...

4 comments:

  1. peminat setia drama korea ke?

    ReplyDelete
  2. sejak tibi rosak ni tak nonton apa apa drama pun.. sobss

    ReplyDelete
  3. best citer ni..sy dgn hubby hari2 dok jd penunggu depan tv..hahaha..sekrg dah habis, lngsung tak buka 395 tu..hehehe

    ReplyDelete