SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Tips terbaik dari Dato Dr.Haji Fadzilah Kamsah buat ibubapa yang ada anak untuk menghadapi peperiksaan...jom kita amalkan dan semoga anak-anak kita akan berjaya dalam peperiksaan mereka hendaknya...

1-Doa,fikir,cakap dan yakin yang anak akan berjaya
2-Bentuk suasana yang tenang di rumah untuk anak mudah study
3-Elak gaduh,marah atau rajuk agar anak dapat getaran +ve
4-Ahli keluarga korban dengan bantu,temankan mereka belajar,tutup tv dan sebagainya
5-Pesan kepada anak untuk amalkan rutin harian yang mengikut sunnah Nabi
6-Pastikan segala kelengkapan untuk peperiksaan telah siap sempurna
7-Maafkan dan doakan guru dan kawan-kawan
8-Ibubapa berpuasa,solat hajat dan banyakkan berdoa
9-Nyatakan yang ibubapa akan redha dengan apa juga result yang akan di dapati nanti asalkan anak sudah mencuba yang terbaik,Ini akan mengurangkan tekanan kepada anak.
10-Pesan pada anak untuk solat taubat,hajat dan istikharah untuk mudah study dan jawab soalan masa peperiksaan dan tidur awal
11-Di pagi peperiksaan,peluk anak dan doakan fatehah,ayat Kursi dan Al-Insyirah hembus atas kepala anak agar tenang dan terang hati
12-Pesan pada anak masuk dewan peperiksaan dengan kaki kanan,selawat,doa penerang hati dan surah al-Insyirah semasa nak jawab soalan peperiksaan tu..
13-Ibubapa buatkan atau carikan air penerang hati sebagai booster kepada anak.