SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Drama The Great Doctor ini baru saja tamat siarannya semalam di Astro One HD..memang menarik jalan ceritanya tapi endingnya semalam macam kurang best sikit la hanya boleh buat andaian sendiri bahawa doktor tu akan hidup bersama-sama dengan panglima dari alam yang lepas tu..pada kekawan yang tidak pernah menonton cerita ini di sini mama boleh berikan sedikit sinopsis jalan ceritanya...

Cerita ini berkisar di zaman Dinasti Goryeo,terdapat seorang kstaria/pahlawan Choi Young (Lee Ming Ho) yang telah memasuki ke zaman moden untuk membawa pulang doktor dari kayangan..Pahlawan Choi Young telah di paksa untuk pergi ke pintu gerbang syurga yang terbuka untuk mencari orang yang boleh mengubatkan puteri yang telah mengalami luka di leher akibat musuh yang ingin membunuh Raja Goryeo..


Akhirnya pahlawan Choi Young berjaya memasuki pintu kayangan dan telah berjaya membawa pulang doktor Eun Soo ke dunianya..akhirnya Eun Soo(Kim Hee Sun)sampai ke Goryeo dengan paksaan pahlawan Choi Young..Eun Soo dipaksa untuk menyelamatkan tuan puteri dan akhirnya Eun Soo berjaya juga menyelamatkan tuan puteri dengan peralatan yang dibawa dari dunianya.Ratu No Gook merasa sangat terhutang budi pada Eun Soo kerana telah memulihkan luka dilehernya dan menyelamatkan nyawanya..

Banyak kejadian-kejadian berlaku ketika doktor Eun Soo berada di dunia Dinasti Goryeo..sebenarnya bangsawan Ki Cheollah yang menjadi dalang dalam semua kejadian yang berlaku di istana Raja Gongmin dan pahlawan Choi Younglah yang banyak membantu menyelamatkan Raja Gongmin dan Ratu No Gook..

Memang banyak aksi-aksi pertempuran yang berlaku ketika askar-askar pahlawan Choi Young berlawan dengan askar-askar bangsawan Ki Cheol yang ingin merampas takhta pemerintahan Raja Gongmin...apakah yang akan terjadi seterusnya...pada kekawan yang ingin mengetahu apa yang akan terjadi seterusnya bolehlah melayari laman web dramacrazy.net...


pelakon-pelakon cerita ini Kim Hee Sum dan Lee Min Ho