Assalamualaikum...
Dalam sibuk mata menonton bola tadi jejari ini sempat juga menari diatas keyboard ni untuk singgah ke blog kekawan alam maya ini...dalam BW tadi terbacalah satu entry yang rasanya memang cukup menarik hati mama dan mungkin juga kekawan mama semua...untuk info ini sudah sememangnya eloklah kita kongsikan bersama-sama...
Kalau kekawan nak tahu menjelang tahun 2020 beberapa bandar yang berada di kawasan rendah terutamanya yang berhampiran pantai berkemungkinan besar akan ditenggelami air..fenomena ini akan berlaku akibat paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global.
Jika tiada kawalan bandar-bandar seperti Batu Pahat,Melaka,Pulau Pinang,Klang,Pekan dan Miri adalah bandar yang berkemungkinan besar berisiko tinggi ditenggelami air pada tahun 2020.. fenomena mengenai kejadian yang bakal berlaku ini telah ditemui oleh pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)hasil analisis data paras air laut yang telah direkodkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad berkata paras air laut telah dianalisis oleh Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran Dr.Tan Wai Lai mendapati paras air laut telah meningkat secara purata 10 sm setiap tahun.
pada kekawan yang ingin tahu lebih lanjut klik sumber ini..
5 Comments
seram pula...saya dok klang..risau gak...
ReplyDeletenyeri pulak dengar....... kena buat backup plan nie.....
ReplyDeleteklang ke mama? aduhai...
ReplyDeleteketentuannya adalah pd yg maha esa.manusia hanya mampu mengkaji...
ReplyDeleteAllah knows better. ;)
ReplyDeletePost a Comment