SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Setiap orang pasti mempunyai impian ingin memiliki rumah sendiri.Rumah yang ingin dimiliki itu pasti akan mempunyai ciri-ciri idaman yang diingini oleh itu teruskanlah berusaha keras untuk memperolehinya.

Mama akan memilih ImanPuri Sdn.Bhd bagi tujuan pengubahsuaian yang mama ingini dan ianya akan membuatkan rumah idaman mama menjadi satu tempat kediaman yang mendamaikan.Kenapa mama harus memilih ImanPuri Sdn.Bhd.?

Syarikat ImanPuri Sdn.Bhd atau lebih dikenali dengan ImanPuri Interior & Architecture adalah sebuah syarikat bumiputra yang memang terkenal dan pakar dalam bidang pengubahsuaian rumah.Oleh itu jika satu hari nanti impian mama tercapai mama mahu Syarikat ImanPuri Interior & Architecture ini sebagai pereka hiasan dalaman rumah mama nanti.




 Rumah di atas ini adalah contoh rumah impian dan idaman mama.InsyaAllah semoga cita-cita mama ingin memiliki rumah idaman mama akan tercapai satu hari nanti.


Mama akan pastikan ruang hadapan rumah mama akan dipenuhi dengan pokok-pokok berdaun hijau disusun mengikut citarasa yang mama ingini.Pemandangan mata akan terasa nyaman apabila memandang pokok-pokok berdaun hijau ini di kawasan laman di rumah mama nanti.


Di ruang tepinya nanti perlu ada satu tempat untuk ruang beristirehat untuk kami sekeluarga sambil mendengar deruan air mengalir dan juga akan menjadi tempat kami sekeluarga menenangkan fikiran.


melangkah masuk ke ruang tamu mama mahu di ruang itu dihiasi dengan pilihan perabot yang serba ringkas dan teratur dimana ianya juga akan menjadi tempat beristirehat di dalam rumah bersama-sama seisi keluarga.


Masuk ke ruangan dapur tempat yang paling istimewa bagi ibu-ibu.Bagi mama dapurlah syurga bagi ibu seperti mama kerana di dapurlah mama akan menyediakan juadah santapan yang sedap untuk santapan seisi keluarga mama. Mama juga akan membuat dapur mama kelihatan bersih dan dalam suasana yang menyenangkan kerana disitulah mama akan selalu berada ketika mama menyediakan masakan yang istimewa.


Ruang makan biarlah berdekatan dengan dapur kerana itu lebih menyenangkan mama untuk menyediakan hidangan makanan di atas meja itu nanti.


mempunyai bilik tidur yang simple, menarik serta nyaman menjadi satu keperluan yang penting kerana di dalam bilik tidurlah tempat kita beristirehat di malam hari setelah seharian penat bekerja jadi ianya sudah pasti memerlukan suasana yang nyaman dan selesa.


Ruang membaca dan ruang pejabat di rumah haruslah mempunyai satu ruang yang senang dan ianya adalah tempat yang paling relax.Di situlah semua kemudahan perlu ada dan dilengkapi dengan keperluan seperti komputer,laptop,scanner,printer,mesin fax,telefon dan kemudahan line internet.Di ruang inilah tempat kedua yang paling perlu buat semua yang menjalankan urusan perniagaan sendiri di rumah.


Satu bilik yang sederhana besar akan dikhaskan untuk bilik solat selain di dalam bilik tidur mama sendiri.Bilik ini nanti boleh digunakan oleh tetamu mama untuk menunaikan solat bila mereka datang bermalam di rumah mama nanti.


Bilik air yang simple dan mudah menjadi kemestian di dalam rumah dan bilik air seharusnya bersih dan nyaman.

Di harap pada satu hari nanti mama akan berjaya memiliki rumah idaman mama sepertimana yang mama ingini dan itulah contoh-contoh rekaan yang mama inginkan dari ImanPuri Sdn.Bhd jika mama berjaya memiliki rumah idaman mama itu.