SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
ImanPuri Sdn. Bhd. adalah salah satu syarikat pembinaan yang sudah mula mencipta namanya di bidang hiasan dalaman dan ianya sudah dikenali dengan nama ImanPuri Interior ArchitectureSyarikat bumiputera ini telah diasaskan oleh saudara Anis Amir dan ruang pejabatnya terletak di Seksyen 20 Shah Alam Selangor.



Terdapat banyak perkhidmatan yang disediakan oleh ImanPuri Interior & Architecture ini dan di antaranya adalah :
1- Perancangan Ruang Kediaman 
2-Lanskap
3-Fotografi dalaman dan senibina 
4-Kerja-kerja pertukangan
5-Aksesori serta hiasan kediaman
6-Rekaan perabot
7-Khidmatan perunding rekaan dalaman rumah serta pejabat


En.Anis Amir tuan punya ImanPuri Sdn Bhd kerap kali wajahnya menghiasi majalah-majalah berunsur rekaan dalaman dan rekaan beliau sering sekali menjadi tumpuan para penulis majalah seperti Impiana,Deko Glam,Seni Hias dan Impiana Dapur untuk di lakarkan dalam majalah tersebut.



Lebih menarik lagi beliau pernah menghiasi halaman majalah Impiana bagi kolum "soalan jawab bersama pereka dalaman."


semua gambar yang diambil adalah dari facebook,blog dan web ImanPuri Sdn.Bhd.
ini sendiri..info gambar kredit  


Di bawah ini terdapat beberapa gambar hasil kerja tangan dan rekaan office,klinik,restoren   dan semuanya adalah hasil rekaan ImanPuri Sdn.Bhd. Marilah kita lihat gambar-gambar  rekaan tersebut di bawah ini.

1-Rekaan KPTM Facade dan KPTM Meeting Room




info gambar kredit ke ImanPuri facebook : ImanPuri

2-Rekaan Restoren Anak Tanjung Delight




Rekaan Klinik Pergigian Al-Ansar,Alam Budiman Shah Alam.
Kredit gambar dari ImanPuri




 3- Rekaan Di Primo Enclave,Bukit Jelutong



Memang menarik semua rekaan dan sentuhan tangan Anis Amir dari ImanPuri Sdn.Bhd ini.Jika ada rakan-rakan dan pembaca-pembaca di blog ini yang ingin membuat pengubahsuaian rumah dan rekaan dalaman bagi pejabat,restoren atau ruang untuk perniagaan bolehlah menghubungi :

Anis Amir 
ImanPuri Interior & Architecture
19B,Pusat Perdagangan Suri Puteri
Persiaran Jubli Perak,
Seksyen 20,Shah Alam.
Email : imanpuri@yahoo.com @ imanpuri.com

Peta lokasi pejabat :