SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Jom kekawan kita lihat fakta tentang bayi yang baru lahir ini sekurang-kurangnya dapatlah kita mengetahui serba sedikit tentangnya...sumbernya...

1-bayi tiada kepala lutut dan Ianya akan terbentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.

2-Bayi tiada air mata mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud se
   hinggalah bayi berusia 5 minggu.

3-Mereka mempunyai lebih tulang.Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang 
   dan kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4-Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5-Bayi mempunyai deria bau yang kuat boleh mengenali bau badan ibunya sebaik dilahirkan.

6-Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7-Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur-ansur dan  
   digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8-Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat boleh membezakan  
   bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan.

9-Deria rasa bayi masih tidak terbentuk sepenuhnya semasa lahir,tidak boleh membezakan  
   rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10-Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan 
    degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11-Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa
    18-20 nafas seminit.

12-Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13-Mendengarkan muzik klasik menambah kepintaran bayi.

14-Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15-Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan
     senang kepada losyen wangi,sentuhan kasar,gigitan serangga dan sebagainya.

16-Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan 
    hilang dengan cepatnya.