SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Sebut jer nama "Cool Blog" pasti kekawan dah tahu apa bendanya tu kan bukan kita jer ada blog tapi Cool Blog pun ada juga...anak mama yang kedua tu memang suka sesangat minum minuman ais blended ni...kalau keluar mesti nak beli kekadang tu dalam satu hari boleh dua tiga jenis ais blended tu dicubanya...

Kekadang tu mama bertanya juga pada anak mama ni apa la yang sedap sesangat dengan "Cool Blog" ni dan jawabnya senang je suka minum tu saja...entah la mama pun tak tahu apa yang dia suka sesangat dengan minuman ni..ikut suka jer selagi boleh minum tu semua perisa cuba dirasanya...

Sekarang ni mama suka ikut anak mama pergi beli ais blended ni sebabnya adalah kerana duta produk ini tentu kekawan semua nak tahu siapa dutanyakan ! jom kita tengok siapa gadis yang jadi pilihan Cool Blog untuk jadi duta produknya tu ....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
taddddda...
*
*
inilah dia si cantik manis duta baru bagi produk "Cool Blog" ni iaitu Heliza Helmi..
dah la cute sesuai dengan orangnya manis macam minuman Cool Blog juga heheheheehe...
"Cool Blog It So COOL"

inilah ais blended yang disukai oleh anak mama dan juga semua penggemar2nya...
vanilla ais blended dengan jelly epal n sirap bandung dengan pearl

 coklat oreo blended dan coklat blended


resit pembelian pun ada juga disimpan nyer dari mula...memang dah kemaruk sungguh dengan penangan Cool Blog ni...kemana tempat yang kami pergi dan ada kiosk Cool Blog ni sudah pasti Cool Blog ni jadi pilihannya...mama pun tak tahu dimana kesedapan produk Cool Blog ni dan hanya yang menggemarinya saja boleh menjawab soalan tu agaknya...