SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...
Zaman sekarang ini sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin,tapi sejauh manakah kewajaran situasi ini ?Apakah kebaikan yang boleh diperolehi dan di antaranya adalah:

1-Meredakan debaran di hati isteri 
   Saat-saat ingin melahirkan anak adalah saat yang paling mendebarkan malah suami juga.
   Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri.Jadi sama-sama 
   dapat meredakan debaran antara sau sama lain.

2-Meredakan kesakitan isteri
   Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung isteri walaupun 
   hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberikan kata-
   kata peransang dan semangat.

3-Menimbulkan keinsafan di hati suami
   Secara tidak langsung akan dapat keinsafan di hati suami apabila melihat kesakitan yang 
   ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4-Lebih menyayangi dan menghargai steri 
   Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung
   segala kesakitan , boleh memberikan keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan
   menghargai isteri.Hargailah isterimu wahai sang suami ...

5-Lebih menghargai keluarga
   Melihat proses bersalin,boleh membuatkan suami lebih menghargai keluarga bukan setakat
   kepada isteri dan anak-anak saja malah kepada ibu yang melahirkan kita.Seperti mana
   kesakitan yang ditanggung isteri begitu jugalah kesakitan ibu disaat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu,jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran).Pada tahap ini isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap suami boleh membantu dengan cara...

-memegang tangan isteri untuk menenang dan menenteramkannya
-mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
-mengelap muka isteri apabila berpeluh
-membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta berikan air kepada isteri.


Jika kaum Adam sekalian yang telah bergelar suami adakah anda menemai isteri anda ketika
bersalin?Apakah perasaan anda? 


gambar hisan