SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua..
Ada sebuah kisah hebohlah satu kampung Pak Pandir mendapat tiket kapalterbang  untuk menjadi tetamu dalam program sebuah stesyen radio di KL.Walaupun hanya kelas ekonomi tapi bagi Pak Pandir itu sudah menggembirakannya.

Dipendekkan cerita hari yang dijanjikan telah tiba.Pak Pandir pun sudah menunggu seawal subuh di lapangan terbang.Setelah kapal terbang sampai Pak Pandir pun naiklah dan terus mengambil tempat duduk di dalam kapal terbang itu.Sebelum kapal terbang berlepas,
pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk berlepas.

Tiba-tiba pramugari ternampak Pak Pandir duduk di kerusi kelas bisnes,setahunya tak ada penumpang kelas bisnes hari tu,dengan berbudi bahasa,pramugari tu pun menegur Pak Pandir,

"Pakcik,pakcik tak boleh duduk kat sini,boleh pakcik pindah duduk di belakang tak?"
"Bagus sungguh orang kapal terbang ni yek....Eeh tak mahu la ! tak apa lah nak pakcik lebih selesa kat sini je.."
"Mana tak selesanya kelas bisnes ni (berkata pramugari tu di dalam hatinya).."

Semua pramugari dan pramugara datang silih berganti meminta Pak Pandir bertukar tempat tapi semuanya gagal....sakit kepala di buatnya.Pilot yang menunggu lama untuk berlepas bengang,kenapa masih belum ada isyarat kata okay daripada ketua pramugari,dia pun keluar untuk melihat apa yang berlaku sebenarnya.

Setelah diceritakan oleh seorang pramugari,pilot itu pun pergilah dekat Pak Pandir.

"Pakcik,boleh tengok tiket sekejap?"Pak Pandir pun menghulurkan tiketnya.
"Ooooo...pakcik nak pi KL yer pakcik?"
"Ya nak..."
"Tapi pakcik...kerusi depan ni nak pi Johor Bahru kerusi belakang ni barulah nak pi KL...!"
"Laaa ya ke nak?Nasib baiklah anak bagi tahu pakcik cepat kalau tidak tak sampailah pakcik kat KL tu.."
"Tu la pakcik lain kali kena la tanya dan dengar cakap orang lain...!"
Pilot tu berlalu pergi sambil memandang Pak pandir yang sedang tersenyum kambing memandangnya...

Lain kali jangan berlagak pandai,apabila membuat sesuatu tu berfikir dahulu jangan melakukannya sendiri tanpa bertanya pada orang lain... "malu bertanya sesat jalan la"


p/s malu bertanya sesat jalan yer tak..