SALAM 1 MALAYSIA



Assalamualaikum semua...
Dalam blogwalking tadi mama terbacalah satu n3 yang mama rasa amat menarik hati mama dan mama mohon izin dari tuan punyer untuk dkongsikan bersama-sama kekawan semua di hari Jumaat yang indah ini.Marilah kita lihat apa yang di maksudkan dengan perkataan 'JANGAN'  dalam ini...sumbernya dari CX'S klik sini...

1-Jangan tidur selepas solat subuh
    Nanti rezeki Mahal kerana pagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

2-Jangan Makan Tanpa Membaca Bismillah dan Doa makan
    Nanti rezeki kita dikongsi syaitan

3-Jangan tambah perhiasan di badan
    Kerana Allah telah menjadikan manusia makhluk yang paling sempurna

4-Jangan keluar rumah tanpa niat.
    Ianya adalah untuk kebaikan takut-takut kita mati dalam perjalanan.

5-Jangan memakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan.
    Makruh dan mewarisi kepapaan

6-Jangan biar mata liar di perjalanan.
    Nanti hati kita gelap diselaputi dosa

7-Jangan menangguhkan taubat.
    Cepat bertaubat setelah berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa

8-Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa.
    kalau sememangnya kita yang bersalah

9-Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
    Nanti rosak persahabatan kita juga hilang kebahagiaan

10-Jangan lupa bergantung pada Allah.
      Sentiasa mengingati Allah dalam setiap kerja kita nanti kita sombong apabila berjaya dan
      kalau gagal kecewa pula.

11-Jangan Bakhil untuk bersedekah.
      Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita

12-Jangan banyak ketawa
      Nanti mati jiwa kita

13-Jangan biasakan berbohong
      Ianya adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang pada kita.

14-Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan
      Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah.

15-Jangan selalu susah hati dalam urusan dunia
      Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

16-Jangan mempertikaikan kenapa islam itu berkata 'JANGAN'
      Sebab semuanya untuk keselamatan kita umat manusia sekalian.