Allah itu sentiasa ada untuk kita semua di dunia ini,terpulanglah pada kita semua bagaimana untuk merasakan akan keujudanNYA...Allah juga yang membukakan pintu rezeki kepada kita sehingga kita dapat hidup bernafas di muka bumi,beroleh kerjaya yang baik,dapat memberikan keluarga makan pakai dan dapat pula menyumbang pada orang lain.Namun, sebagai hamba Allah kita juga harus menyempurnakan beberapa perkara agar rezeki kita akan terus murah dan melimpah-ruah.......
1-Bertakwalah kepada Allah,iaitu dengan beriman bersungguh-sungguh,melakukan segala suruhan dan meninggalkan larangan.Allah berfirman dalam surah an-Nahl: 97 yang bermaksud,
"Sesiapa yang beramal soleh,sama ada dari kalangan lelaki dan wanita, maka sesungguhnya Allah akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas yang lebih baik daripada yang mereka kerjakan."(SURAH AN-NAHL: 97)
2- Bersyukur kepada Allah atas segala kurnia-Nya.Ini selaras dengan firman Allah dalam surah Ibrahim: 7 yang bermaksud,
"Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar,sesungguhnya azab-Ku amatlah berat."
3- Bertaubat,membanyakkan istighfar,memohon keampunan kerana itulah yang menyebabkan kita akan dikasihi Allah dan seterusnya dibukakan lebih pintu rezeki.
4- Melazimkan diri membaca surah al-Waqiah yang terdapat dalam juzuk 20.Surah ini mengenai kejadian hari kiamat,mengenai tiga puak manusia di sana,iaitu puak kanan yang beroleh bahagia,puak kiri yang dimasukkan ke neraka dan puak tiga yang mendahului dalam kerja kebajikan yang beroleh kedudukan mulia di sisi Allah,Rasulullah bersabda yang diriwayatkan al-Baihaqi daripada Ibnu Mas'ud,
"Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam,nescaya tidak ditimpa kemiskinan selama-lamanya."
SENTIASALAH INGAT PADA ALLAH HANYA PADANYA LAH TEMPAT UNTUK KITA MENGADU..
SENTIASALAH INGAT PADA ALLAH HANYA PADANYA LAH TEMPAT UNTUK KITA MENGADU..
12 Comments
Selamat hari jumaat untuk semua blogger yang singgah sini..
ReplyDeleteinsya Allah.. :)
ReplyDeleteWslm..mama maszull,
ReplyDeletethanks for sharing ^_^
salam jumaat utk mama... thanks for the advise.....InsyaAllah!
ReplyDeletebtul tu,mama..tq for sharing :))
ReplyDeletealhamdulillah.. btambah ilmu kt
ReplyDeleteselalu dekat dgn Allah baru laa Allah akan dekat ngn kita..apa pun salam hari jumaat kak..maaf laa kak sbb lama tak jenguk blog akak, sibuk sikit sampai blog sndiri pun tak berupdate!!
ReplyDeletebetul tu! sesenang mana kita jangan lupakan Allah SWT..
ReplyDeleteAllah sentiasa ada walaupun semua org lari daripada kita. Blog mama ni mama dah letak content warning ye? Ingatkan blog sape tadi.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ni kak. insyallah sama2 beramal :)
ReplyDeletekalau kita ingat DIA, DIA pasti akan ingat kita kan?
ReplyDeleteperkongsian menarik sebagai peringatan untuk kita semua yang sentiasa lupa..
ReplyDeletePost a Comment