Assalamualaikum semua...
Hari ni mama nak buat sinopsis filem bergenre seram iaitu filem "Sesuatu Yang Tertinggal"...
filem ini mengisahkan enam penghuni rumah anak-anak yatim Arshad,Mona,Zakiah,Ashraf,
Daud dan Murni mengalami suatu peristiwa yang pelik ketika duduk di sebuah rumah lama.
Ceritanya bermula apabila anak-anak yatim penghuni Rumah Anak Yatim Setia ini berpindah ke sebuah rumah yang telah diberikan oleh seorang lelaki milik arwah datuknya yang telah diwakafkan.
Mona salah seorang anak yatim itu tidak menyukai sebuah almari usang di biliknya dan mereka
berpakat untuk mengalihkan almari itu ke bilik yang lain dalam proses pembersihan rumah tersebut dan dalam proses pengalihan almari itu ia tergelincir dan menyebabkan lantai terkopak....Arshad menemukan satu cermin antik disebalik lantai yang terkopak itu dan telah memberikan cermin itu kepada Mona dan dari situlah mulanya perubahan sikap Mona berlaku.
Bella pelajar yang sering mempermainkan Mona dan seorang pengawas di sekolah yang menyukai Mona telah menjadi mangsa dan terjadilah perstiwa yang mengerikan berlaku ke atas mereka.Setelah Arshad mengetahui Mona telah dirasuk mereka merancang sesuatu untuk memerangkap kuasa yang telah mendampingi Mona itu.
Berjayakah mereka dalam rancangan untuk memerangkap kuasa jahat itu?Apakah yang telah merasuk Mona itu ? Semua persoalan itu akan terjawab bila kengkawan menyaksikan sendiri filem ini ye...
Pelakon-pelakon filem ini terdiri dari pasangan suami isteri Zahiril Adzim,Shera Aiyob,Sara Ali,Eina
Pasangan suami isteri Zahiril Adzim (Arshad) Shera Aiyob (Zakiah)
8 Comments
salam singgah sini,
ReplyDeletebanyak betul cerita2 seram sekarang ni kan :)
mama minat citer seram eh??hehe
ReplyDeletemacam best .....hehehe
ReplyDeletecute la laki bini ni
@Tihara
ReplyDeletebetul tu kekadang dpt gak pengajaran dr cite2 seram ni...:)
@H.J
ReplyDeletebetul la tu cite seram ni mmg mama suka tengok...:)
@QasehnyaRania
ReplyDeletemmg best ...:)
jalan cerita macam best..tapi...sy takut la tengok cerita seram ni..
ReplyDeletep/s : sgt penakut smpi bangun mlm nak pegi toilet pun kena kejutkan adik..hehe :p
@Dylla Abas
ReplyDeleteoh yer ke...:)
Post a Comment