Assalamualaikum semua...
Satu lagi cerita filem yang mama baru tonton tadi iaitu filem "Hafalan Shalat Delisa"...memang best dan seronoknya dapat menonton cerita ini yang berlatarkan kejadian "Tsunami " yang berlaku kira-kira 8 tahun yang lepas.
Delisa seorang anak gadis kecil yang periang tinggal di Lhak Nga sebuah desa yang kecil di pantai Aceh bersama-sama dengan keluarganya.Anak bongsu dari keluarga Abi Usman dan ayahnya berkerja di sebuah kapal tangki minyak Internasional.Mereka tinggal bersama-sama, ibunya Ummi serta tiga orang kakaknya iaitu Fatimah dan dua orang kakak kembarnya Aisyah dan Zahra.
pada 26 disember 2004 kejadian tsunami telah berlaku di kepulauan Aceh dan dalam masa itulah mereka semua telah terpisah.Delisa telah berjaya di selamatkan oleh Prajurit Smith setelah berhari-hari Delisa pengsan dan akibat kecederaan yang teruk kaki Delisa terpaksa dipotong Prajurit Smith ingin mengambil Delisa menjadi anak angkatnya memandangkan Delisa telah kehilangan keluarganya tapi akhirnya Delisa berjaya bertemu kembali dengan ayahnya Abi Usman.
Umminya masih belum dijumpai dan kakak-kakaknya pula telah meninggal dunia.Delisa tabah akan apa yang telah terjadi pada dirinya dan dia mula bangkit semula menjadi seorang anak kecil yang membahagiakan dari setiap kehadirannya yang mengajar setiap orang yang mengalami musibah itu bahawa kesedihan itu boleh menjadi kekuatan untuk dia bertahan.
Setiap titisan air matanya yang tidak berhenti mengalir membuatkan Delisa mencuba untuk memahami erti ikhlas dan mengerjakan atau melakukan sesuatu tanpa balasan.
tontonlah cerita Hafalan Shalat Delisa ini ! banyak terdapat kisah-kisah sedih Delisa dan pada yang masih belum menontonnya pergilah menonton filem ini dan saksikanlah bagaimana sikap tabah si kecil ini mengharungi semua musibah yang berlaku pada diri dan keluarganya.
pelakon-pelakon cerita ini terdiri daripada Chantiq Schagerl (Delisa),Reza Rahadian (Abi Usman),NirinaZubir (Ummi),Ghina Salsabila (Fatimah),Reska Tania Apriadi (Aisyah) dan Riska
Tania Apriadi (Zahra)
15 Comments
citer dari indon memang banyak yang berunsur islamik kan.negara kita ni sket2 citer hantu.ntah pape je.hmmm...
ReplyDeletenice movie rasa mcm nk tgk ni :)
ReplyDelete@aReLaN
ReplyDeleteyer la masing2 punyer trend agaknya tu...:)
@Tihara
ReplyDeletebest tau pi lah tengok...:)
baca sinopsis pun dah tau cerita ni best!!
ReplyDeletexleh tgk T_T
ReplyDeletehave watched this at bioskop kemaren! lumayan enak filemnya. it fulls of good values and and good lessons disamping mengajak kita mencintai kehidupan, juga kematian, mencintai anugerah juga musibah, dan mencintai indahnya hidayah :) it's awesome movie :)
ReplyDeleteOh..nama org rupanya delisa tu ye. nmpak mcm best. biasanya cerita dari seberang ni banyak pengajaran dr filem dia..dan berunsurkan islamik..
ReplyDelete@mas saari
ReplyDeletemmg best cubalah tengok...:)
@KaK LimAh Si SupiR
ReplyDeletenape ek...:)
@Rtp Farra Arisha
ReplyDeletebetul tu semua pengajaran adakan...:)
@ariana
ReplyDeletebetul tu mmg best citenya...:)
memang best cerita nie!!! sedih dan sangat menghantui... jauh beza daripada cerita standard org melayu yg kita selalu tengok.
ReplyDelete@Hafiz Saadon
ReplyDeleteyer betul tu...:)
sy da tgk mowie ni.. mmg best jalan cerita cuma mungkin visual kurang memuaskan. ape pun pengajaran yg sy dapat cukup besar
ReplyDeletePost a Comment